CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7390|Reply: 28

Hospital kerajaan perlu beroperasi tanpa henti 24 jam sehari sampai kiamat....

[Copy link]
Post time 29-12-2009 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Hospital kerajaan perlu beroperasi tanpa henti

SAYA ingin memberikan cadangan kepada kerajaan iaitu amat perlu dirombak semula jadual kerja atau perkenalkan semula sif-sif kerja bagi kakitangan kerajaan yang bertugas di bahagian hadapan seperti di hospital-hospital besar sama ada di bandar ataupun di luar bandar serta semua klinik kerajaan yang berjauhan dengan hospital daerah.

Ini berikutan daripada beberapa peristiwa yang berlaku terhadap rakan saya dan juga dari pengamatan laporan-laporan akhbar.

Baru-baru ini, seorang ayah kepada rakan rapat saya telah mengalami stroke tahap rendah namun hampir separuh badannya tidak dapat digerakkan.

Jiran-jiran kampung telah menghantar ayahnya ke hospital yang berdekatan iaitu Hospital Kluang, Johor.

Oleh sebab kejadian tersebut berlaku pada petang Jumaat, maka pihak hospital telah menahan ayah rakan saya ini untuk sementara waktu bagi menunggu hari Isnin untuk membuat tindakan selanjutnya iaitu membuat pengimejan (x-ray).

Alasannya, kakitangan yang bertugas (jabatan x-ray) tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Kebetulan kesemua anaknya telah pun pulang dan berjumpa doktor yang bertugas bagi mendapatkan keputusan rawatan awal, namun doktor kerajaan tersebut tidak dapat membuat apa jua keputusan selagi tidak mendapat laporan x-ray dan terpaksa menunggu hari Isnin.

Atas nasihat doktor tersebut, keluarga telah membawa pesakit ke hospital swasta yang berdekatan bagi mendapat rawatan segera.

Hasil laporan x-ray, doktor menyatakan telah berlaku pembekuan darah di dalam otak dan masih sempat jika dibuat tindakan segera kerana masih baru.

Alhamdulillah, setelah beberapa tindakan segera daripada doktor swasta, maka tidak sampai tiga minggu ayah rakan saya dapat menggerakkan tangan serta sudah boleh bangun.

Jika tidak membuat tindakan segera, saya yakin akan berlaku kompilasi yang lebih teruk kerana doktor bertugas perlu mendapatkan laporan x-ray terlebih dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya.

Apa yang ingin saya kongsikan daripada peristiwa itu ialah jika rakyat yang mengalami sakit tersebut adalah orang miskin atau orang kurang berkemampuan maka kemungkinan pesakit menghadapi masalah lebih teruk jika dia jatuh sakit pada hari cuti umum, sedangkan pesakit perlu diberi rawatan segera.

Oleh itu, saya merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan supaya melakukan perubahan segera bagi memastikan semua jabatan berfungsi setiap masa.

Janganlah kerana ada seorang kakitangannya bercuti maka lumpuh operasi untuk menyelamatkan nyawa rakyat yang kurang kemampuan atau miskin.

Kemudahan-kemudahan hospital kerajaan yang berada di luar bandar haruslah dipertingkatkan dengan segera bagi keselesaan semua rakyat.

Masalah ini juga sering berlaku kepada pesakit jantung di sebuah hospital kerajaan di ibu negara. Jika mereka bukan orang kenamaan serta tidak membuat temu janji awal, sukar mereka mendapat tempat, sedangkan pesakit tersebut perlukan rawatan segera.

Suasana begini perlu diubah dan pastikan semua rakyat dilayan dengan sama rata dan adil.

MOHAMAD GHAZALI ZAINAL ABIDIN

Taman Nirwana, Ampang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2009 02:23 PM | Show all posts
Saya bersetuju dgn anda

Walaubagaimana pun, harus diingat bahawa hospital kluang dan seangkatan dgnnya adalah HOSPITAL KERAJAAN
Sekali lagi saya ulang, ianya HOSPITAL KERAJAAN. Dari dulu ianya dah dilabel dgn pelbagai imej negatif dan x mungkin boleh diubah. Sampai kiamat pun xkan berubah rasanya.

Terima kasih kerana sudi melontarkan pandangan namun percaya lah bahawa idea saudara/ri akan dibiar begitu sahaja. Ini kerana HOSPITAL KERAJAAN berkhidmat bukan berorientasikan keuntungan.
ANDAI PERLUKAN PERKHIDMATAN KELAS 1, SILA KE HOSPITAL SWASTA.

Oleh kerana HOSPITAL SWASTA agak mahal jika dibandingkan dgn HOSPITAL KERAJAAN, maka saya ingin kongsikan beberapa tips utk memastikan anda tidak ke HOSPITAL KERAJAAN.

1. ADAKAN SIMPANAN KECEMASAN UNTUK ANDA. ASINGKAN SEKURANG2NYA 10% PENDAPATAN ANDA SETIAP BULAN SEBAGAI SIMPANAN KECEMASAN. JGN TERLALU BOROS DAN BERINGAT LA SEBELUM KENA. SKRG MGKN SIHAT, AKAN DTG BLM TAU.

2. DAFTAR LA UNTUK MEDICAL CARD. BNYK PRODUK DI PASARAN SPRTI PRU-BSN TAKAFUL, TAKAFUL IKHLAS MEDICAL CARD ETC...PILIH YG BOLEH RENEW. SELALUNYA TAKAFUL. INSURAN KONVENSIONAL SELALUNYA XKAN BAGI RENEW.

3. SENTIASA PASTIKAN KAD KREDIT ANDA MEMPUNYAI HUTANG YANG SEDIKIT. INI KERANA SELALUNYA KLU NAK MASUK HOSPITAL SWASTA, MEREKA PERLUKAN DEPOSIT YG AGAK MAHAL. JADI MASA ITU LA NAK GUNAKAN KAD KREDIT.

Akhir kata, saya berharap kita semua usah mengeluh akan keadaan HOSPITAL KERAJAAN ini, tapi bersiap untuk menerima kenyataan. arwah ibu saya juga pernah meninggal kerana mendapat rawatan yang lambat di salah sebuah HOSPITAL KERAJAAN di Selangor. Apa pun saya redha dan pasrah. Bersyukur la kerana ayah saudara/ri masih hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:29 PM | Show all posts
nama pun spital kerajaan...
tp, biasanya kalau kes kecemasan, takde la pulak kena tunggu x-ray tu bukak time opis hour...musykil pulak aku disini

sbb, aku selalu pegi terus kat kecemasan..sbb mak aku asma..kdg2 time tgh tunggu dia sedut oksigen, kalau ada kes2 eksiden ke yg masuk, aku tgk terus je pihak hospital pegi buat xray...takde pun kena tunggu opis hour??

musykil nihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:31 PM | Show all posts
Kiamat pun tak lama dah...3 tahun je lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:32 PM | Show all posts
Ish...hospital kerajaan sepatutnya beroperasi waktu pejabat je..ni sindir dari Dr M terhadap Majlis Peguam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:43 PM | Show all posts
nama pun spital kerajaan...
tp, biasanya kalau kes kecemasan, takde la pulak kena tunggu x-ray tu bukak time opis hour...musykil pulak aku disini

sbb, aku selalu pegi terus kat kecemasan..sbb mak  ...
fariepari Post at 29-12-2009 14:29


aa'ah..rasanya kalau emergency tu x der hal nk x-ray bila2 masa pun..konpius gak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2009 02:53 PM | Show all posts
aikk.... yerker xder juru x-ray? bukan ke diorang akan ada at least sorang staff on-call utk setiap unit?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:59 PM | Show all posts
aku pun konfius jugak... mungkin spital kecik kot. hanya sorang je yg boleh buat x-ray dan yg tu jugak la keje opis hour...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2009 03:10 PM | Show all posts
kalau kat kepala org panggil ct scan...bkn xray yer

mungkin kat hospital daerah tu radiologist takde utk buat scan tersebut

ntah2...alat pun xde

sepatutnya bila kes mcm tu...terus jer hosp kluang tu refer kat GH kat JB

bknnya suruh org tunggu hr isnin...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:15 PM | Show all posts
setuju sgt2 dgn hospital kerajaan beroperasi 24jam...kes-kes kecemasan bukan boleh dijangka.mmg kena rombak semula jadual kerja staf yg keje kat spital gomen ni la coz xsesuai...kesian kat pesakit yg rata2 dari golongan berpendapatan rendah N sederhana. kalau depa kaya, mmg diorg x g spital gomen ni. kata 1MALAYSIA. rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..so,macamana ?????
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:17 PM | Show all posts
Sila bincang benda ni ni bod yg sesuai OK, yakni bod Aduan & Pendapat.

Ini bukan isu semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 11:17 PM | Show all posts
lg satu sape sini y kenal wakil rakyat kt KL ni ke.. tlg la cdgkan kt dorg..

buat satu lagi Hospital Kerajaan kt area Wangsa Maju.. aku rasa ia dapat mengurangkan kesesakan di HKL, Hosp. Selayang. Hosp.Ampang...

ni utk pelanggan2 y perlukan hosptal Kerajaan la
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 11:43 PM | Show all posts
2# ironmind

Aku setuju sangat dengan ironmind, walaupun aku ni penjawat awam, kononnya x payah risaulah pasal perubatan, tapi aku tetap beli insuran, medical card tu. Kad kredit pun aku pastikan untuk kegunaan kecemasan. Ikut panduan yang IRONMIND bagi tu.

Soal operasi hospital kerajaan 24 jam, setahu aku, hospital kerajaan memang beroperasi 24 jam, sebab bini aku nurse, 2 minggu ada 2 kali kena syiff malam 9pm-7am, dia sebagai GA dalam bilik bedah, terpaksa tido atas strecher je kalo malam2 tu sebab standby kes2 emergency. Aku pun pernah accident motor, perut aku kena tiang penghadang jalan, terus x-ray malam tu jugak. Mungkin kes2 juru x-ray xde ni kes terpencil. Kurang kakitangan kot...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:42 PM | Show all posts
hadi1978, aku pun satu kapal (keje gomen gak) dgn ko
tp klu dmm, aku g klinik swasta jerk
pnh aku tggu kat klinik krjaan, suhu aku naik smpi 39'C, tggu dkt 3 jam, tp diorg wt xtau jer
lastly aku drve g klinik swasta...dah tntu kne byr..mhl plak tu. yg pntg, puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 03:15 PM | Show all posts
walapon aku keje gomen..tp ttp buat saving n beli insuran tuk emergency kalau spital kerajaan very hampeh..

dlm byk2 cabang gomen.. hospital gomen mg paling lmbt servis.. ada sekali tu tunggu 2 org je nak tunggu giliran di checkup.. 2 jam pastu baru dpt masuk..ape tah dorg buat? tukar shift? tak cukup doctor,nurse or dorg ni sibuk gossip,smbil cari kutu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 03:15 PM | Show all posts
walapon aku keje gomen..tp ttp buat saving n beli insuran tuk emergency kalau spital kerajaan very hampeh..

dlm byk2 cabang gomen.. hospital gomen mg paling lmbt servis.. ada sekali tu tunggu 2 org je nak tunggu giliran di checkup.. 2 jam pastu baru dpt masuk..ape tah dorg buat? tukar shift? tak cukup doctor,nurse or dorg ni sibuk gossip,smbil cari kutu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2010 09:45 PM | Show all posts
korang penah pg hospital kerajaan ker?
kalo x penah pegi jgn bnyk ckp.
mmg la servis hospital kerajaan slow sbb kalo pg tgk kat ruang menunggu tu, brp ramai pesakit da.
so paham2 la bila pesakit dah terlalu ramai, doktor plk terhad so akan berlaku bottleneck la.
sbb tu servis dia jd slow.
nak cepat pg swasta la.
mmg la cpt sbb org x ramai.
cuba kalo swasta pun rmi org mcm spital kerajaan, conform servis akan jd slow jgk.

btw aku rs kerajaan patut spend more money utk spital kerajaan.
tambahkan staff dan upgrade segala infrasturktur yg ada.

ini tidak, kerajaan lebih suka habiskan duit buat even ntah apa2, pg buat team formula 1 malaysia, pg buat projek membazir n so on la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 10:41 AM | Show all posts
korang penah pg hospital kerajaan ker?
kalo x penah pegi jgn bnyk ckp.
mmg la servis hospital kerajaan slow sbb kalo pg tgk kat ruang menunggu tu, brp ramai pesakit da.
so paham2 la bila pesakit da ...
otai_g Post at 4-1-2010 21:45


sokong2......
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 04:37 PM | Show all posts
Mungkin sbb ni kerajaan bagi pengecualian cukai individu sampai RM 7000 setahun untuk yang ambil insurans.
So, pada yang bayar tax tinggi tu, cuba consider untuk ambik mana-mana medical card. tak rugi pun, tak ambik medical card, duit tu tetap kena bayar tax.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 06:11 PM | Show all posts
bukan x bertugas tapi diorg ni saje je...ari minggu ni ari utk lepak2...
bg aku la spital atau klinik ni mmg kena buka 24jam...
emergency ni xde amaran...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.079088 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list