CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2970|Reply: 4

Keluarga derma lima organ wanita maut langgar lari

[Copy link]
Post time 6-1-2010 10:32 PM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN Hospital Pakar Sultanah Fatimah membawa bekas khas mengandungi jantung dan paru-paru Chiew yang maut nahas untuk dihantar ke Institut Jantung Negara dari Kluang, semalam.

MUAR: Keluarga seorang wanita yang maut selepas terbabit dalam kejadian langgar lari, mendermakan lima organ mangsa - jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan kornea, dalam pembedahan bersejarah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.

Pembedahan itu dijalankan oleh pakar Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan HPSF sejurus selepas Chiew Fong Neo, 43, disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 1 petang.

Jantung dan paru-paru wanita itu kemudian dipindahkan ke IJN menerusi penerbangan ihsan helikopter Skuadron Pasukan Udara Tentera Darat Kem Mahkota Kluang, kira-kira jam 5.30 petang, manakala organ lain akan dipindahkan melalui jalan darat.


Chiew yang berasal dari Taman Tangkak Jaya di sini dan mempunyai tiga anak berusia lima tahun, 10 tahun serta 13 tahun, cedera parah di kepala selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta, kira-kira jam 4 petang, Ahad lalu.

Mangsa dihantar ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke HPSF untuk rawatan lanjut, tetapi disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 1 petang semalam.

Kakak mangsa, Chiew Fong Kiaw, 45, berkata keluarganya membuat keputusan untuk mendermakan organ adiknya kerana mangsa gemar membantu orang lain dan banyak terbabit dalam kegiatan kemasyarakatan.
Chiew Fong Neo

"Semasa hidup, adik saya aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan pendermaan organ itu diharap dapat menunaikan hasratnya untuk membantu orang lain kerana beliau memang sentiasa suka berbuat baik," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, keluarganya juga berharap pemandu kereta yang melanggar adiknya dapat dikesan dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata motosikal mangsa dilaporkan dirempuh Proton Wira di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Tangkak.

"Kes itu diklasifikasi sebagai langgar lari apabila sehingga kini pemandu Proton Wira putih itu masih belum membuat laporan polis. Kita juga masih mengesan pemandu terbabit," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sayuti Mohammad di 06-9781222 atau balai polis berhampiran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 11:04 PM | Show all posts
simpati ngan magsa.. dan kagum ngan kemurahan hati keluarga mangsa

ade poremner kat sini dah daftar jadi penderma organ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 11:13 PM | Show all posts
me sudah! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 12:33 AM | Show all posts
it's a great deed, pendermaan organ spatutnya diberi lebih pendedahan kpada org ramai. Aku berniat, insyaallah, one day aku register. but family mangsa dlm kes ni memang prihatin and tak pentingkan diri. May God bless Chiew's soul...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 10:45 AM | Show all posts
Tuhan kurniakan pada aku complete...balik pada NYA harap2 pun complete jugak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042944 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list