GAMBAR fail menunjukkan tiga angkasawan minum minuman air yang dikitar
semula di Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan pada Mei tahun lalu.
CAPE CANAVERA, Florida - Jurutera-jurutera Pentadbiran Aeronautikdan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan sistem kitar semula airkencing menjadi air minuman berharga AS$250 juta (RM836.8 juta) diStesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) tersumbat disebabkan olehgalian kalsium dalam air kecil angkasawan yang menjadi keladak.
Setakat ini, saintis-saintis NASA tidak pasti sama ada pengumpulankalsium itu berpunca daripada kehilangan jisim tulang akibat kesanpersekitaran graviti sifar atau disebabkan oleh beberapa faktor lain.
"Kami mengetahui mengenai kandungan air kencing yang masuk ke dalammesin tersebut tetapi perubahan kimia yang berlaku apabila bahan itudiproses tidak selalunya boleh difahami," kata saintis program ISS,Julie Robinson.
Kumpulan jurutera di Pusat Penerbangan Angkasa Marshall diHuntsville, Alabama, Amerika Syarikat (AS), berharap beberapa alatganti bagi membaiki kerosakan tersebut akan dihantar dengan menggunakankapal angkasa Endeavour yang dijadual berlepas ke angkasa lepas pada 7Februari depan. - Reuters