CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71304|Reply: 120

Tok Awang Ngah

[Copy link]
Post time 25-1-2010 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by pu3_fiona at 25-1-2010 18:26

- perihal tamar jalis yg terkenal dengan penceritaan seramnya...sudah di gali @ masih di gali..kini pu3 saja buka mengenai "tok awang ngah." yg xkurang hebatnya..dalam alam mistik ini...barang sesiapa punya pengalaman juga hal2 mistik...semasa @ selepas mengetahui dengan lebih lanjut cerita daripada beliau...boleh lah kita kongsi bersama.... -
- ......HARAP MAKLUM......-


~ sumber tenet ~


Sagah Archives II

(from Embong/Mak Long's photo album)


On Haji trip



Tok Muda Dato' Hj Awang Ngah








Tok Awang Ngah adalah nama pena bagi penulis buku genre seram yang terkenal di Malaysia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Beliau telah menghasilkan lebih 50 buah buku bermula dari tahun 1985 hingga tahun 2004, yang diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan antaranya Mulya Utama Enterprise, Penerbitan Ibunda, Penerbit Fajar Bakti, Zebra Editions dan Tastax Raya Sdn Bhd.


Kisah-kisah seram yang dipersembahkan dikatakan berdasarkan kisah benar yang dirakamkan daripada pengalaman beliau sendiri. Menariknya, kisah-kisah yang diceritakan amat berbeza dengan buku-buku seram dan mistik yang biasa kita lihat. Buku-buku penulisan Tok Awang Ngah menceritakan bagaimana beliau sendiri menghadapi penentangan jin dan syaitan dengan menggunakan kalimat doa ayat-ayat suci Allah S.W.T.


Tok Awang Ngah; Siri Berkelahi Dengan Syaitan


- sumber tenet -


Bismillah.

Salam.

Selain dari SBDJ karya Tamar Jalis yang aku kumpul, ada gak beberapa siri dari Tok Awang Ngah dalam simpanan aku. Tajuknya Siri Berkelahi Dengan Syaitan. Karya-karya Tok Awang Ngah ni pun bleh dikatakan popular sebaris dengan SBDJ (rasa2nya la). Tak silap aku, rasa2nya SBDJ terlebih dahulu menjengah pasaran. Kemudian barulah berlambak-lambak novel2 seram berada di pasaran. Kiranya Tamar Jalis ni old timer laa. (mana aku tau, aku tak lahir lagi. Hehe)

Dari koleksi Tok Awang Ngah yang aku ada, cetakan pertama lebih kurang tahun 1985/1986. Ni yang aku ada laa, mungkin sebelum ni lagi karya Tok Awang Ngah dah pun diterbitkan. Dan aku pun takda idea kat mana siri-siri Tok Awang Ngah ni diterbitkan. Meaning samada karya ni diterbitkan dalam majalah seperti SBDJ (dalam Variasari) ataupun terus dibukukan secara berjilid.


Aku tak mengumpul pun siri ni. Tapi bila mencari-cari SBDJ, terjumpa skali buku Tok Awang Ngah. Aku pun rembat jugak la buat koleksi. Aku ada tujuh koleksi Tok Awang Ngah dalam simpanan seperti berikut:



Lelaki 44 Isteri..Manusia Jelmaan Jadi Keluang..Gadis Disalai Atas Bara..Ular Putih Melingkari Rumah..Kepala Perempuan Tiba-tiba Hilang...Rintihan Dari Kubur...Berkelahi Lawan Syaitan - Antara contoh karya yg terhasil




Secara ringkasnya, berbanding SBDJ, karya ni kebanyakannya mengangkat penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai cara untuk menghadapi/mengatasi gangguan jin dan syaitan. Misalnya seperti petikan di bawah:
"Saya menyuruh Kasman sembahyang tahjud dalam masa seminggu. Kemudian hembuskan ke tapak tangan dan bacakan Surah al-ikhlas, Surah al-falaq dan Surah an-nas lantas disapukan ke bahagian leher yang bengkak itu."
Tak seperti SBDJ, bagi setiap jilid Siri Berkelahi Dengan Syaitan ni terdapat beberapa siri. Contohnya dalam Rintihan Dari Kubur, ada 12 siri kesemuanya. Setiap siri pula selalunya lengkap satu kisah/cerita. Dan siri seterusnya adalah kisah lain. (Oh, bukan siri la ni? Hehe). Aku pun tak habis lagi baca semua cerita Berkelahi Dengan Syaitan ni, belum datang mood kot. Hehe

Tujuan aku menulis bukan nak membandingkan karya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah. Aku tak layak pun nak bandingkan. Cuma saja2 nak share apa yang aku rasa. Aku membesar dengan membaca cerita dari SBDJ, maka aku sangat suka SBDJ. Tapi karya Tok Awang Ngah pun tak kurang hebatnya. Dorang berdua ni berada dalam kelas tersendiri. Dan pembawaan plot dan cerita kedua-duanya memang berbeza.
Apa kata anda?
Till then, salam...


  

- harap forumer yg ada kisah2 misteri dari koleksi tok awang ngah ni..meh le tepek kat sini....citer2nya yg menyeramkn -

layanzzzzzzzz  



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2010 04:58 PM | Show all posts
Penah baca dulu, kalau x silap, dia siap ada bg jampi serapah lagi dalam buku2 dia...cerita memang best, tapi kdg2 melalut...last aku baca masa darjah 6...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 05:10 PM | Show all posts
Dulu mmg pernah baca jugak sebab bapak selalu belikan buku2 yang macam gini... tapi kalau sapa2 yang pernah baca TAMAR JALIS punye SBDJ, mmg akan rase kureng sikit, bukan sebab jalan cerita tak best, tapi korang tak rase seolah2nya korang sendiri yang alami pengalaman2 yang TAMAR JALIS tulis tu...

As for me, SBDJ tu lebih kepada DIARY Tamar Jalis sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 07:13 PM | Show all posts
Blah tahan la..tapi kalo dibandingkan TAN ngan TJ..TJ punya pengalaman g bestt.btw,TAN punya citer hasil pengalaman sendiri ke atau ciplak org punya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 07:42 PM | Show all posts
Selain dr TJ...Tok Awang Ngah ni feberet aku gak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 07:49 PM | Show all posts
dulu2 pernah bc buku dia mlm2 tepi tingkap.. pastu kene kacau sbb smbil bc duk terbayang kn antu2 dlm buku tuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2010 09:07 PM | Show all posts
Tumpang tanya, gambar Tok Muda tu kah yg dimaksudkan sebagai Tok Awang Ngah (TAN)?

Banyak pendapat berbeza. Untuk gambar Tok Aji (Tuan Guru Hj Mat Kampar) yg dimaksudkan dlm buku2 karangan TAN, boleh dapat dlm blogspot almarhum pak Dharmala N.S. Rasanya ada juga gambar Bilal Hud.

Bukan apa2, saja nak kongsi pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 10:35 PM | Show all posts
a'ahkan, ayat jampi serapah semua ada dalam buku tu..

kadang2 tengah baca, tiba je kat ayat jampi tu mesti mulut automatik gatal nak sebut,
jangan! takut lor..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2010 11:25 AM | Show all posts
aku pun baca buku TAN nie masa aku darjah 6 dulu pastu aku ah x jumpa dah buku tu...TJ pun sama jgk.mana leh dpt buku2 nie yer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 02:17 PM | Show all posts
Tumpang tanya, gambar Tok Muda tu kah yg dimaksudkan sebagai Tok Awang Ngah (TAN)?

Banyak pendapat berbeza. Untuk gambar Tok Aji (Tuan Guru Hj Mat Kampar) yg dimaksudkan dlm buku2 karangan TAN, bol ...
tokki1 Post at 2010-1-25 21:07


kurang pasti le tokki..

pu3 saja scroll by yahoo..tetiba ada koleksi pic tu...

saja taruk utk kongsi dgn semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 02:19 PM | Show all posts
a'ahkan, ayat jampi serapah semua ada dalam buku tu..

kadang2 tengah baca, tiba je kat ayat jampi tu mesti mulut automatik gatal nak sebut,
jangan! takut lor..
kroit92 Post at 2010-1-25 22:35


ha'ahh kannnnnn.....

"beras segambit...gambit mengamit..

pulut slipat ....menyelinapp bersilat...."<<<<------------ceh mcm betul je ayat merapu ku ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 02:20 PM | Show all posts
aku pun baca buku TAN nie masa aku darjah 6 dulu pastu aku ah x jumpa dah buku tu...TJ pun sama jgk.mana leh dpt buku2 nie yer?
marlisa_syazana Post at 2010-1-26 11:25


kann...dah lama xnmpak dh koleksi cerita yg mcm ni...

adehh...pu3 baca dulu pun dalam linkungan darjah enam..

darjah enam je ke..semua org dapt baca buku ni


...........................
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 02:36 PM | Show all posts
ha'ahh kannnnnn.....

"beras segambit...gambit mengamit..

pulut slipat ....menyelinapp bersilat...."
pu3_fiona Post at 26-1-2010 14:19


kalau silap baca, nanti kena lipat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 02:42 PM | Show all posts
Penguasaan bahasa & bait2 kata lebih baik SBDJ.TAN bahasa sket keliang kelibut!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 03:36 PM | Show all posts
salah satu dari koleksi aku masa skolah dulu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 03:52 PM | Show all posts
kalau silap baca, nanti kena lipat..
kroit92 Post at 2010-1-26 14:36



kkhekhkhke...syhhhhhh abe medang dh menjelingg tuu hehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2010 03:53 PM | Show all posts
salah satu dari koleksi aku masa skolah dulu2
ctaz Post at 2010-1-26 15:36



time sekolahh lagikkk!!!...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 03:58 PM | Show all posts
Sebuah lagi buku seram yang amat menarik ialah Siri Berkelahi Dengan Syaitan, buku ini telah ditulis oleh seorang penulis yang lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai Tok Awang Ngah. Di bawah tajuk Berkelahi
Dengan Syaitan, terdapat puluhan cerita yang di garapkan melalui pengalaman penulis sendiri. Selain itu, terdapat puluhan judul buku yang telah pun ditulis oleh Tok Awang Ngah, beliau tidak menulis bercorak novel dan lebih suka menulis cerita-cerita berunsur seram sederhana panjang. saya sendiri memiliki hampir 40 judul buku seram yang ditulis oleh Tok Awang Ngah. daripada puluhan buku tersebut saya memiliki 2 judul buku yang ditulis khas oleh Tok Awang Ngah dalam bentuk novel seram iaitu 'Bajang Peliharaan' dan 'Harimau Akuan'. Jika anda seorang pengumpul cerita-cerita dari penulisan Tok Awang Ngah, anda mungkin bersetuju jika dikatakan bahawa Tok Awang Ngah ini merupakan tenaga pengajar di sekolah atau pun lebih tepat lagi di gelar Ustaz yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa tentang kesucian agama Islam.
walaupun beliau bukan bermula sebagai penulis dan hanya menulis selepas beliau bersara (pendapat penulis) namun begitu, tidak dinafikan beliau telah berjaya menghasilkan satu senarai coretan seram yang menarik serta sarat dengan pengajaran. Harus diingat tren pembaca cerita seram di Malaysia lebih menyukai cerita-cerita yang ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Ini akan membuatkan plot cerita itu tidak membosankan, lebih hidup serta menyakinkan. Itulah istimewanya Tok Awang Ngah melalui Siri Berkelahi Dengan Syaitan. Karyanya sekitar tahun 80-an dan 90-an terus menjadi buruan. Sehingga kini saya pasti banyak lagi buku tulisan terawalnya yang wajar diulang cetak kerana penggemar dan peminat Tok Awang Ngah sedia menunggu dan menanti untuk mengumpul koleksi-koleksi yang masih belum di miliki.


~ sumber tenet ~
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 04:49 PM | Show all posts
alu lebih suke citer tok awg ngah ni dr tamar jalis... hehehe..
byk buku ni dikumpul oleh abg2 aku.. tp, x tau masih ada dlm simpanan ke dh ilang... nnt aku balik kg, aku tanyakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 05:02 PM | Show all posts
alu lebih suke citer tok awg ngah ni dr tamar jalis... hehehe..
byk buku ni dikumpul oleh abg2 aku.. tp, x tau masih ada dlm simpanan ke dh ilang... nnt aku balik kg, aku tanyakan...
aizaganu Post at 2010-1-26 16:49


kalauade lagi..meh pos untuk pu3 kekhehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.233729 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list