View: 22246|Reply: 79
|
cito pasal bahau plak ek...
[Copy link]
|
|
Terdapat lagenda menarik tentang Bahau sewaktu dalam jajahan British dahulu. Bandar ini sangat kaya dan makmur dan kebanyakan penduduknya menjadi jutawan kerana pelbagai aktiviti termasuklah memenangi loteri yang berjumlah berjuta ringgit. Kemakmuran Bahau menimbulkan rasa iri hati orang-orang Inggeris. Maka mereka mula menyiasat faktor kemakmuran bandar ini. Hasil dari siasatan, mereka mendapati banjaran bukit yang menjadi tulang-belakang bandar ini adalah berbentuk naga yang gagah dan berkuasa dikenali sebagai Bukit Taiso. Mereka juga turut mempercayai Feng-Shui dan yakin bahawa bukit Taisolah yang mendorong kemakmuran bandar ini. Bagi menyekat kemakmuran Bahau, maka penjajah British menggunakan nama pembangunan untuk meratakan bukit di bahagian kepala naga tersebut dan membina sebuah petempatan estet dibina. Untuk memastikan kuasa mereka tidak tergugat, mereka telah menanam sebatang tiang besi sepanjang beratus-ratus kaki ke bahagian tulang belakang naga tersebut. Keadaan ini bolehlah kita gambarkan seolah-olah seekor naga yang dipaku tulang belakangnya di muka bumi ini dan membataskan pergerakan naga tersebut. Tidak cukup dengan itu mereka mendirikan balai polis di bahagian perut naga tersebut. Mengikut 'Feng-Shui' masyarakat Cina, kuasa yang dipunyai oleh Balai Polis mampu menundukkan kuasa naga. Samada cerita ini adalah hanya mitos atau kebenaran, tiada siapa yang dapat memberi kepastian. Namun begitu, di puncak bukit tersebut, masih tertanam kuat sebatang tiang besi di atas puncak bukit. Jika kita fikirkan secara logik, mengapa pihak British sanggup mengorbankan wang ringgit mereka malahan tenaga dan masa hanya untuk menanam sebatang tiang besi tanpa tujuan dan keuntungan kepada mereka? Fikirkan pula berapa ramai pekerja yang perlu dikumpulkan dan teknologi serta peralatan yang diperlukan untuk menanam tiang ini. Sedangkan kita tahu sikap penjajah seperti British yang hanya bertindak apabila keadaan itu akan memberi keuntungan kepada mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang tua yang dikenali sebagai Tok Ujang atau nama sebenarnya Hj Ujang Bin Dohat adalah salah satu individu yang masih mengetahui tentang sejarah Sg Pertemuan dan juga Jalan Penarikan. Beliau yang kini telah berumur 84 tahun dan menetap di Kg Jambu Lapan kira-kira 500 meter dari Sungai Pertemuan.
Menurut Tok Ujang Sg Pertemuan adalah pertemuan antara Sungai Jempol dan Sg Muar. Jempol dikatakan wujud pada kurun ke 14 iaitu sebelum kegemilangan Melaka lagi yang masyhur pada kurun ke 15. Orang-orang Pasai ini telah memeluk Islam sewaktu mereka masih menetap di Pasai lagi. Mereka telah di Islamkan oleh pedagang-pedagang Arab yang dulu begitu giat berdagang dan mengembara di serata dunia ini untuk mengembangkan Islam. Sewaktu Melaka dibuka, pedagang-pedagang Arab ini turut berdagang di Melaka untuk berdagang, begitu juga dengan orang-orang Pasai yang sering berkunjung ke Melaka untuk mendapatkan bekalan harian. Secara tidak sengaja pedagang-pedagang ini bertemu semula dengan orang-orang Pasai yang telah diIslamkannya dahulu.
Perdagang Arab ini kemudiannya menceritakan tentang kesukaran mereka berdagang kerana perlu menggunakan jalan yang jauh untuk ke Siam dari Melaka. Menurut perdagang Arab tersebut mereka perlu melalui Selat Melaka, Selat Tebrau dan Laut China Selatan. Perjalanan tersebut memakan masa berminggu. Mendengar keluhan pedagang Arab tersebut maka orang-orang Pasai inipun memberitahu terdapat jalan pintas dari Melaka ke Siam, tetapi untuk melalui jalan tersebut mereka perlu menarik perahu mereka di satu tempat. Maka mendengar kata orang-orang Pasai tersebut, maka timbullah keinginan pedagang-pedagang Arab ini untuk mencuba. Pada hari yang telah ditetapkan, orang-orang Pasai inipun membawa pedagang Arab ini melalui Sg Muar. Daripada Sg Muar, mereka kemudiannya tiba di Kuala Jempol dan seterusnya melalui Sg Jempol. Dari Sg Jempol mereka terpaksa menarik sampan masing-masing lebih kurang sejauh sebatu sebelum masuk ke Sg Serting pula. Sungai Serting kemudiannya bersambung dengan Sg Bera dan membawa mereka ke Kuala Tahan. Daripada Kuala Tahan mereka terus masuk ke Laut China Selatan dan meneruskan perjalanan ke Siam. Aktiviti pedagang Arab yang sering berulang-alik menggunakan jalan ini akhirnya tersebar dan menjadi ikutan pedagang-pedagang lain. Sewaktu Melaka telahpun menjadi sebuah empayar, Kerajaan Siam pernah melancarkan serangan ke atas Melaka menggunakan jalan ini. Menurut cerita orang-orang tua, Siam telah meniggalkan sebahagian daripada tenteranya untuk menggali parit di Jalan Penarikan ini. Siam begitu yakin yang mereka akan memenangi pertempuran ini. Oleh itu mereka berhasrat untuk menemukan Sg Serting dengan Sg Jempol supaya mereka tidak perlu lagi bersusah-payah menarik kapal mereka. Parit yang mereka gali adalah sedalam lebih kurang 25 kaki dengan lebar lebih kurang 30 kaki. Namun begitu Siam gagal di dalam pertempuran menentang Melaka. Maka mereka terpaksa meninggalkan sahaja parit tersebut yang hanya tinggal lebih kurang 110 ela dari Sg Jempol.
Apa yang menariknya ialah tentang misteri kematian askar-askar Siam sewaktu menggali parit tersebut. Mereka dikatakan menemui seekor ular putih. Oleh kerana kehabisan bekalan makanan, maka mereka terpaksa memasak ular tersebut untuk dimakan. Apa yang peliknya semua askar yang memakan hidangan tersebut kehilangan nyawa sendiri tanpa diketahui puncanya. Ini termasuklah pembesar Siam yang menganggotai pasukan menggali itu. Pembesar tersebut kemudiannya dikebumikan di kawasan itu dan batu nisannya dikatakan diambil dari Siam. Rekabentuk batu nisan ini juga telah menjadi ikutan masyarakat Melayu hinggalah kini. Jika sebelum ini mereka hanya menggunakan batu sungai sebagai tanda bagi setiap kubur, selepas peristiwa tersebut mereka menggunakan batu nisan. Menurut cacatan batu nisan tersebut, ia bertanda 1265 M. Namun begitu cacatan tersebut tidak menepati sejarah kerana pada waktu itu Jempol masih belum wujud lagi. Mereka akhirnya menyimpulkan ia adalah mengikut tarikh masihi Siam.
Terdapat juga beberapa misteri yang terjadi di kawasan ini. Datuk Sempedang yang mengetuai rombongan orang-orang Pasai sewaktu tiba di tempat ini adalah seorang yang warak. Sewaktu Datuk Sempedang meninggal dunia, dia dikebumikan di kawasan Sg Pertemuan. Sewaktu banjir besar yang terjadi pada tahun 1971, kawasan kubur ini dikatakan tidak lansung dimasuki air sedangkan ianya terletak berhampiran kawasan sungai. Penduduk di kawasan ini mengatakan tiada lansung kesan air mahupun sampah-sarap yang kelihatan. Perkara ini turut disaksikan oleh Wakil Rakyat pada waktu itu iaitu Tuan Haji Khatib dan juga guru Sekolah Menengah Rendah Jempol Tuan Hj Ismail. Selepas habis cerita mengenai banjir tersebut, terdapat satu projek mengambil pasir di kuala Sungai Jempol. Untuk menjayakan projek itu, mereka terpaksa lalu di atas kubur Datuk Sempedang. Namun begitu perjalanan mereka sering mengalami masalah sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kubur tersebut. Pada awalnya enjin bulldozer tersebut tiba-tiba sahaja mati. Sebaik sahaja ia berjaya dihidupkan, bulldozer tersebut tidak bergerak, malahan ia bagaikan terbenam di dalam tanah. Kemudiannya sebuah lori penarik dihantar untuk menarik bulldozer tersebut. Namun begitu nasib lori tersebut juga sama seperti bulldozer tersebut. Lori itu bukan sahaja tidak mampu menarik bulldozer tersebut, malahan ia juga tidak mampu bergerak. Akhirnya mereka terpaksa membatalkan projek tersebut dan tidak pernah datang lagi ke tempat tersebut. Perkara ini diceritakan sendiri oleh pemandu bulldozer tersebut yang berbangsa Cina. Tidak lama kemudian kerajaan telah membina sebuah pam air berhampiran kawasan kubur itu hinggalah sekarang. Jalan Penarikan juga pernah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik antaranya ialah kisah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja Ratna Benggala iaitu anak bendahara Pahang yang telahpun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu. Selain itu sewaktu penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mansur Shah telah membawa kerabat di raja menggunakan jalan ini untuk melarikan diri ke Pahang. Dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka, maka berakhirlah empayar dan juga kegemilangan kesultanan Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai Pertemuan ialah satu tempat yang mana bertemunya dua buah sungai iaitu Sungai Jempol dan Sungai Muar. Kawasan ini diterokai oleh orang-orangPasai dari Sumatera Utara dan diketuai oleh Dato' Sempadang. Menurut sejarah, oleh kerana tempat ini sangat indah dan subur maka mereka menamakan tempat ini sebagai Jempol yang bererti 'cantik dan terbaik'. Selain itu, kawasan ini dahulu dijadikan pusat pengajian Islam dengan terdirinya madrasah-madrasah. Ramai para ulama dan tokoh-tokoh Islam dilahirkan di tempat di sini.
Oleh kerana kemasyuran Jalan Penarikan dahulu, maka Sungai Pertemuan ini menjadi laluan utama para pedagang. Namun begitu setelah masa berganti, sungai ini kini semakin sepi menimpan pelbagai sejarah menarik pada zaman kegemilagannya dahulu. Kini setelah jalan darat ditemui, tinggallah sungai ini menyimpan pelbagai sejarah menarik yang mungkin tidak kita ketahui. Namun bagi kaki pancing, sungai ini adalah 'syurga' bagi mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu tempat menarik yang sering diperkatakan oleh penduduk tempatan Jempol ialah Hutan Lipur Serting Ulu. Ia terletak di bahagian Utara kira-kira 20 KM dari Bahau. Kawasan ini mula dimajukan pada tahun 1986 setelah ia ditemui sejak seratus tahun lalu. Jalan masuk ke Hutan Lipur ini agak sempit dan membenarkan hanya sebuah kereta untuk melaluinya sahaja. Keadaan ini menguji kesabaran para pemandu, kerana salah sebuah kerata terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan dari arah yang bertentangan untuk melepasinya dalam satu masa.
Perjalanan ini, menawarkan keindahan kawasan dan suasana kehidupan kampung yang penuh harmoni. Kebanyakan rumah di sini dibina berasaskan senibina Minangkabau. Anda akan lihat pelbagai senario yang jarang anda lihat seperti sekumpulan kerbau yang sedang bermain lumpur, kanak-kanak sedang berlarian, suri rumah yang sedang menyapu di halaman rumah dan sebagainya.
Setelah menempuhi perjalanan lebih kurang dua kilometer, anda akan mula melihat kawasan hutan yang dijaga dengan rapi. Keriuhan suara kanak-kanak bermain dan bunyi aliran air sungai beriringan menyambut kedatangan anda, menggantikan kebingitan dan kesibukan kota. Terdapat satu projek membina chalet yang sedang giat dijalankankan bagi memastikan dapat memenuhi kehendak pengunjung yang teringin bermalam di kawasan ini. Cuma diharapkan projek ini tidak akan mengganggu < ekologi serta merosakkan keindahan alam dan habitat semulajadi kawasan ini. Sebuah blok bagunan yang mempunyai 4 buah kedai dibina menjual makanan dan minuman sebagai salah satu cara memudahkan pengunjung untuk mendapatkan bekalan air dan makanan yang diperlukan. Suasana sekeliling yang indah, damai dan tenang pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar menjadi sebahagian daripada pengunjung yang sedang leka melakukan aktiviti masing-masing. Ketika masuk ke kawasan hutan ini, mungkin anda tidak mempercayai kawasan tersebut yang bersih, tanpa sampah-sarap seperti di kebanyakan kawasan rekreasi lain. Satu lagi perkara menarik yang anda boleh lihat ialah papan tanda yang melarang pengunjung membawa makanan yang tidak halal ke kawasan ini. Menurut penduduk kawasan ini, Hutan Lipur ini turut didiami oleh masyarakat 'orang bunian' yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Untuk menghormati kewujudan masyarakat ini, maka pihak perhutanan membuat papan tanda ini.
Pada waktu ini anda akan dapat menghidu kesegaran udara. Untuk memasuki kawasan ini, anda perlu mendaki sedikit bukit dahulu, ketika ini anda mungkin mampu menghidu kesegaran dan kenyamanan udara di tempat ini. Sudah tentu anda akan mengakui inilah tempat yang tepat untuk merehatkan diri dan fikiran anda. Perkara yang pertama yang anda ingin lakukan mungkin merendamkan kaki anda di dalam air sungai yang sedang mengalir. Urutan batu-batu kecil dan kesejukan air yang mengalir pastinya dapat menghilangkan kepenatan memandu ke tempat ini. Terdapat sebuah jambatan gantung yang dibina untuk menghubungkan dua buah bukit di sini.
Anda juga boleh menemui pelbagai spesis-spesis pokok yang telahpun dilabelkan oleh pihak yang terlibat sebagai salah satu cara pembelajaran tidak formal. Tempat ini juga mempunyai nilai sejarah yang tidak boleh kita ketepikan. Kawasan ini pernah menjadi medan tempur antara pihak Komunis dan Jepun. Untuk pengetahuan anda, di belakang papan tanda Hutan Lipur Serting Ulu, masih terdapat satu lubang kesan dari pengeboman askar Jepun ke atas Komunis berpuluh tahun yang lalu. Selain itu terdapat sebuah terowong yang merupakan laluan rahsia pihak Komunis untuk melarikan diri. Kajian pihak perhutanan mendapati terowong tersebut berakhir di Jeram Tengkek, Batu Kikir. Malah beberapa perkakasan memasak seperti periuk dan pinggan serta beberapa barang lain seperti lampu, meja, mesin jahit. Namun begitu anda perlu mendaki beberapa buah bukit dan gunung untuk menemui terowong ini.
Bagi penggemar sukan lasak, Hutan Rekreasi Serting Ulu menawarkan tempat untuk berkhemah ataupun aktiviti untuk mendaki. Anda boleh juga meneroka terowong ini jika anda benar-benar inginkan cabaran. Keindahan tempat ini pastinya menjadi faktor utama untuk anda kembali ke tempat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mano kau dapek fakta ni?
Rajin botul kau taip panjang-panjang ni... Kagum den...
Anyway, thanx for info... |
|
|
|
|
|
|
|
Mano kau dapek fakta ni?
Rajin botul kau taip panjang-panjang ni... Kagum den...
Anyway, thanx for info...
anak_minang Post at 10-2-2010 12:42
haha timo kasih ngan pujian tu.... ada la membaco ngan sumber kat tenet ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ponek den baco panjang2...psl sorting tkdo ko |
|
|
|
|
|
|
|
ponek den baco panjang2...psl sorting tkdo ko
annorr_maira Post at 10-2-2010 15:10
membaco kan amalan mulio... ala maso sekolah dulu xsuka wat ringkasan karangan la.... tu dah tuo pun samo |
|
|
|
|
|
|
|
lolah den nk membaconyo., tapi bagus jugok.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahah sapo2 ada info tu tambah2 la ek.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, tumpang intai.
Kawan saya sedang mencari seorang yg bernama AMIN. Dia ni ada rumah kat Bahau.
Kerja dia pegawai felda, tapi tak tau Felda mana.
Kalau org2 Bahau kenal, dia ni dulu dah lama kawin, tapi lama baru dpt anak.
Dah pergi haji dah.
Badan dia gempal2, putih, ada iras cina.
Harap dpt bantu kawan saya, mustahak sgt.
TKasih. |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk bona la ko wasntme..mano2 ado nick ko nk cri member amin ko tu..pi lantak la ngn kwn ko tu..kok dio yg nk cari..diola yg pi tanyo..yg ko nyibuk spi 3, 4 thread ni nape? kang kena lahar dgn mod kn... |
|
|
|
|
|
|
|
14# annorr_maira
A friend in need is a friend indeed, dear! Dia takde access, and I'm willing to volunteer - bukan i bukak posting lucah atau jual barang. Sekadar berusaha - kalau org sesat jalan pun akan redah je tanya org mana2 yg dia jumpa tuk bertanya.
Ekau ni tak suko menolong orang gayo eh! |
|
|
|
|
|
|
|
den budak datuk mansur.bahau nie memang best.sapo ingat zaman bus stand lamo dulu??time tue bolehlaaa dikatakan zaman kegemilangan bahau.kodai game tompek budak sekolah ponteng bukan main banyak.den maghin kalau lepak bus stand selalu lepak kodai cino jual kaset colah bangunan tue.maso tue laaa ramai awek kulu kilir mintak kono ngurat
sekarang nie aku tgk bus stand tue macam ramai bangla nepal je.tak ceria. |
|
|
|
|
|
|
|
panjang bona nie...tak laghat den nak baco... |
|
|
|
|
|
|
|
den pun suko kalu ingat bahau dulu2.... hujung minggu ado yo pelatih2 air hitam datang... Lamo den x jongah bahau.... terkenang semasa dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
den pun suko kalu ingat bahau dulu2.... hujung minggu ado yo pelatih2 air hitam datang... Lamo den x jongah bahau.... terkenang semasa dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
bus stand lamo bahau kek area balai bomba tu xsilap den.. skrg dah jd tapak pasaraya tu... tu maso den kocik2 lagi...selalu ikut ayah g kodai pajak.. haha masa tu susah.. tahun 1988.. kodai games yg best kek topi sekolah cino tu.. bilo kono serbu.. berterabur lari kek dlm kawasan sekolah tu... tambah bas lui timur g bahau masa tu br 1.7... dlm kocek ado 10 hinggit pun dah ok.. main games br 20 posen... tp tu dulu la.. skrg klu lik kg then g bahau pun sobab bw mak poie econsave.. pastu belanjo makan kek belakang shell area balai polis tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|