CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6006|Reply: 22

Jangan bandingkan Putrajaya dengan KL

[Copy link]
Post time 20-2-2010 07:15 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Putrajaya tidak seharusnya dibandingkan dengan Kuala Lumpur (KL) dari segi kerancakan atau dari segi tarikan hiburan malamnya, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, adalah tidak adil untuk melakukan perbandingan demikian kerana Kuala Lumpur adalah pusat ekonomi dan perdagangan yang wujud sejak kurun ke-19 manakala Putrajaya pula adalah pusat pentadbiran negara.

"Contoh yang paling dekat adalah antara Washington DC dan New Yory City, di mana Washington DC adalah seperti Putrajaya yakni 'pusat kuasa' manakala New York City ialah 'bandar raya yang tidak pernah tidur'.


"Kedua-dua bandar raya ini seperti juga KL dan Putrajaya saling melengkapi antara satu sama lain," katanya semasa merasmikan karnival "Wow! Putrajaya" hari ini.

Karnival dua hari anjuran Perbadanan Putrajaya itu diadakan sebagai salah satu usaha untuk menceriakan Putrajaya, selain mempromosi aktiviti Putrajaya sepanjang tahun dan memaklumkan kepada orang ramai mengenai usaha dan perancangan pembangunan Putrajaya melalui pelbagai aktiviti yang disediakan untuk semua peringkat umur.

Raja Nong Chik berkata, Putrajaya bagaimanapun tidaklah lesu dan sepi seperti yang didakwa sesetengah pihak di mana ia turut menjadi tuan rumah kepada 187 acara peringkat tempatan dan antarabangsa tahun lalu.
Beliau berkata, antara acara itu ialah pameran bunga-bungaan Floria yang berjaya menarik kira-kira 500,000 pelawat tempatan dan antarabangsa, Pertandingan Bunga Api Antarabangsa, Festival Belon Panas dan Marathon Malam yang mendapat sambutan 8,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, Perbadanan Putrajaya juga merancang untuk menambah bilangan dan kepelbagaian acara sepanjang tahun ini, dengan tumpuan akan diberi kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan serta sukan dan rekreasi yang berupaya menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong bagi menambah keceriaan bandar raya itu.

"Antara yang dikenal pasti termasuk Cyclefest, Le Tour de Langkawi, Sailing Regatta, Karnival Pelancongan, Festival Perahu Naga, Fiesta Makanan dan Festival Kesenian Islam," katanya.

Selain itu Raja Nong Chik berkata, Perbadanan Putrajaya juga telah meluluskan permohonan untuk membangunkan beberapa lot komersial dan kompleks pejabat swasta di Presint 2, 3 dan 4, serta pembinaan hotel tiga bintang dan pasar raya besar bagi menggalakkan aktiviti ekonomi yang lebih aktif. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2010 07:49 PM | Show all posts
aku rase putrajaya senyap sgt laa..... macma tak meriah je... cume meriah ngan bangunan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 08:10 PM | Show all posts
sori la aku tak pernah hidup kat amerika tapi aku nak tanye sape sape yang pernah duk kat area wasington dc nu, tempat tu meriah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 01:07 AM | Show all posts
hahaha...tadi baru habis konsert wow...aku rasa putrajaya mempunyai keunikan dari segi masyarakat yang mementingkan masa berkualiti bersama keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 07:34 PM | Show all posts
4# manjamalinja aku setuju..walaupun putrajaya ni banyak taman2 awam utk beriadah dan bersenam..tapi org masih suka lepak kat umah dengan keluarga..termasuklah aku hehehe..tapi putrajaya mmg best sbb tenang.. kalo kita nak cari tempat hiburan dan crowded kita bleh g ke kl tapi bila kita nk suasana yg tenang, we can alwez come back to putrajaya...oh putrajayaku hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 09:30 PM | Show all posts
4# manjamalinja aku setuju..walaupun putrajaya ni banyak taman2 awam utk beriadah dan bersenam..tapi org masih suka lepak kat umah dengan keluarga..termasuklah aku hehehe..tapi putrajaya mmg best sbb ...
ayubetul Post at 22-2-2010 19:34



hahaha...sekali buat konsert, penuh tapak pasar malam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2010 12:33 PM | Show all posts
4# manjamalinja aku setuju..walaupun putrajaya ni banyak taman2 awam utk beriadah dan bersenam..tapi org masih suka lepak kat umah dengan keluarga..termasuklah aku hehehe..tapi putrajaya mmg best sbb ...
ayubetul Post at 22-2-2010 19:34


betul tu....aku setuju sgt
dah penat2 keje...baik dok umah tenangkan fikiran bersama famili n anak2
ujung minggu..br gi kl....jejalan2 plak...menghadapi hiruk pikuk kebisingan kota
pastu kembali semula ke rumah yg ala2 aman gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 10:56 AM | Show all posts
betul tu....aku setuju sgt
dah penat2 keje...baik dok umah tenangkan fikiran bersama famili n anak2
ujung minggu..br gi kl....jejalan2 plak...menghadapi hiruk pikuk kebisingan kota
pastu kembal ...
kuntakpindek Post at 11-3-2010 12:33


lagi satu culture kat putrajaya ni bagus... orangnya bertatasusila. pengalaman beratur naik bas kat presint 9 merupakan pengalaman yang paling tak dapat dilupakan... malangnya di jalan raya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2010 01:35 PM | Show all posts
2# True-X
Say setuju dgn True-X, kereta pun tak banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 01:52 PM | Show all posts
salam..masuk bulan ni dah setahun dok kat Putrajaya...suka ngan keadaan sekarang yg tenang dan tak serabut cam bandar2 lain...

kalau dah ada night life, mcm2 hal pulak...paling ketara, accident mesti byk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 06:22 PM | Show all posts
putrajaya neh sesuai utk org putrajaya jek.... signboard langsung tak membantu org luar nak round kat dalam....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 01:38 AM | Show all posts
Nak kasi happening kena start dgn Putrajaya Uptown...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 11:55 AM | Show all posts
wat pe nak meriah2....kat sini mostly pekeje...bukan org mkn gaji...dorang keje tak tentu msa..kitaorg cukup time..balik. umah..aku suka dok sini...aman..polis slalu round...dekat skolh, dekat dewan, dekat surau, dekat masjid, dekat balai polis, dekat bomba, dekat hospital, dekat erl station...klau org yg dok putrajaya mesti tau aku dok kat precint bape...hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 03:36 PM | Show all posts
13# aliimran

mesti P9 ni..aku dok apartment depan bomba...tapi tak lama lagi dah nak pindah terrace...LO dah dpt, kat P9 jugak...mmg puas hati giler la...

ptg2 selalu jogging dr rumah ke menara PjH...udara tak la tercemar cam KL...

mmg tak dinafikan ada sesetengah golongan yg nak amik kesempatan nak buat duit kat sini...coz penduduk Putrajaya ramai dan mostly berpendapatan tetap...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 03:17 PM | Show all posts
aku belum duduk lg putrajaya
tp aku dapat rasa best dok sini....
sb aku pun jenis x suka bising2...kecoh2...suka lepak kat umah dgn famili je
kekdg je kalu rajin kuar jejalan
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 04:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by applemy at 16-3-2010 16:45

Ai keje kat Bangi.. waktu lunch tak sah kalau tak g Alamanda!

Keseluruhan, kawasan perumahan Putrajaya begitu indah sekali.. ala2 American suburb cam kita tgk dlm filem/drama: rumah tersusun kemas seragam & takde yg gatal dok modify sana sini, track basikal/pejalan kaki yg selesa, pokok/bunga yg rendang.. fuh! Kalau memalam mesti dreamy kan?? Boleh jejalan kaki ngan aweks pastu tiru le aksi cam drama2 US tu hehe!

Kalau le ada kawasan perumahan camni kat KL.. memang ai sambar 1 unit punya!

Tu le, putrajaya takde nite life la cam KL.. so nilai hartanah putrajaya tak sehebat mana.

Tapi, deretan kedai2 kat presint diplomatik tu.. bukan ke cater utk expats asalnya?? Ai tgk design kedai2 situ cam ala2 nak buat kononya ada la pub, disko, club bukak nanti tapi tak menjadi akhirnya kan?? Last2 bukak kedai besa2 je..

So, elok jugak Putrajaya takde nite life.. takde kes org gaduh, baling botol arak, mak nyah/pelacur/gay, muntah2, kencing merata2, melayu mabuk2.. ha itulah yg berlaku kat bangsar/hartamas/bb skrg!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 04:55 PM | Show all posts
16# applemy

just nak share info...value property kat putrajaya especially 2-storey terrace naik almost 50% dlm masa 4 tahun coz ada kawan beli RM260k kat Presint 9..skrang boleh jual RM400k...Flat hijau pon org nak jual RM100k...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:06 PM | Show all posts
Betul tue. Property value kat Putrajaya mmg tinggi giler. Tam mampu teman nak beli rumah kat sini. Dok jer lah kat kuarters sampai pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 06:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by applemy at 16-3-2010 18:59

Oh, maksud ai bukan tak hebat dari segi $$.. mana2 area pun ada yg murah or mahal cam putrajaya.

Maksud ai nilai hartanah dari segi:

- Tarikan pembeli (kaum lain mana minat nak beli)

- Kemudahan pengangkutan awam (LRT dok canang2 dulu bila??)

- Kualiti bina (ni ai tatau.. boleh sesiapa beritau?)

- And last skali, LOKASI: Menteri2 pun tak duduk putrajaya permanently.. banyak ulang-alik dari damansara, ampang.. diorang sedar actually lagi senang dok KL pasal banyak supermarket, kedai2, butik2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 10:06 PM | Show all posts
elok tambahkan lg shopping complex... i like putrajaya~!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.070395 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list