CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2604|Reply: 16

LAMBAKAN WARGA ASING...

[Copy link]
Post time 21-2-2010 04:50 AM | Show all posts |Read mode
SAYA ucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sanggup turun padang melihat sendiri senario warga asing yang terdapat di ibu negara. Hasilnya, beliau merumuskan bahawa lambakan warga asing adalah luar biasa.

Terdapat banyak persoalan di sebalik rumusan itu. Mengapakah ia berlaku dan bagaimanakah ia boleh terbiar sehingga jumlah warga asing yang masuk ke negara ini bagaikan tidak terkawal.

Apa yang Hishammuddin lihat itu hanya di Chow Kit. Jika beliau masuk ke kampung-kampung tertentu, pasti beliau akan lebih terkejut. Sekarang ini, apa sudah jadi dengan gerai-gerai jualan atau kedai di Chow Kit. Siapa yang berniaga di situ? Lihat juga di Kepong. Jengahlah ke pinggir ibu negara seperti Kampung Pandan dan Kampung Melayu Ampang misalnya, apa sudah jadi di situ? Bagaimana dengan kampung-kampung lain? Bagaimana dengan warga asing yang sekian lama bertapak di sini, beranak pinak, mendirikan rumah di tanah Malaysia.Malah ada yang pandai menjual diri jadi ayam sekitar kota, bandar dan kampung..

Senario kebanjiran warga asing bukanlah perkara asing bagi rakyat. Apakah kesudahannya? Warga asing bukan semakin kurang, malah semakin meningkat jumlahnya.

Saya tidak mampu lagi untuk bayangkan keadaan itu dalam tempoh 10 tahun akan datang. Hakikatnya, pemimpin kita (sama ada pemerintah atau pembangkang) terlalu sibuk berpolitik, bercakaran sesama sendiri, mengutamakan cara persendirian dan tidak pernah mencari titik noktah bagi menyelesaikan masalah pendatang asing. Maafkan saya, orang politik di negara kita nampaknya mengeksploit masalah untuk menyelesaikan masalah sehingga kita semakin bertambah masalah.

Maka isu-isu penting seperti kebanjiran pendatang tanpa izin ini bagaikan terlepas pandang. Walaupun ia adalah sesuatu yang malang bagi negara kita, namun sebenarnya kita masih belum terlewat untuk bertindak. Hishammuddin telah pun melihat sendiri apa yang berlaku dan sudah tentu beliau tidak akan berdiam diri.
Rakyat gembira dengan pendedahan beliau itu. Rakyat terasa lega apabila pemimpin mereka melihat sendiri apa yang sekian lama menjadi ketakutan dan kebimbangan mereka...

Kepada pemimpin politik, cukup- cukuplah berpolemik kerana yang rugi ialah rakyat sendiri. Rakyat tidak wajar menjadi mangsa kepada permainan politik. Berdasarkan senario ini, saya sebenarnya amat bimbang kalau kata- kata pepatah, menang sorak kampung tergadai menjadi kenyataan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2010 07:04 AM | Show all posts
Rakyat dah lama bersuara psl isu ni. Kerajaan perlu peka. Jangan smpai dh x trkawal baru nk brtindak.
Pengalaman menunggu saudara pulang dr Jeddah di KLIA tahun lepas..dlm masa x sampai 2 jam..brpa kumpulan anak muda dari luar yg sampai ke bumi Malaysia. bawak beg pakaian..muka penuh harapan.
Bayangkan dlm sehari brpa flight yg bwk msuk brpa byk pendatang ni..mereka bkn pelancong. kita blh tau dr penampilan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 08:57 AM | Show all posts
Yang saudara nampak kat KLIA tu yang sah ada permohonan rasmi KDN. Banyak juga yang tak sah seludup ikut darat atau laut. Dan dalam yang sah tu pula ada juga yang dua tiga kali datang sini dengan nama yang berbeza, pasport palsu dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 09:52 AM | Show all posts
nk tggu dah terhantuk baru nak terngadah ke???kerajaan malaysia kene lakukan sesuatu untuk kesejahteraan rakyat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 04:20 PM | Show all posts
nk tggu dah terhantuk baru nak terngadah ke???kerajaan malaysia kene lakukan sesuatu untuk kesejahteraan rakyat malaysia...
shamtodak76 Post at 21-2-2010 09:52


Hehe.. nak kena tunggu ada isteri menteri kena rompak, takpun ada anak beranak menteri kena bunuh baru laa kerajaan buka mata...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 06:57 PM | Show all posts
selagi x kena kat diri sendiri para menteri masih rasa masalah kecil ot pendatang asing tanpa permit ni..... sbb tu dorg x baper nak amik peduli sgt dgn aduan rakyat... :re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2010 07:07 PM | Show all posts
kes ni ke yang keluar utusan meloya, tajuknya luar biasa?

babi. macam baru jek yang berlambak warga asing kat mesia ni. dasar duduk terperuk kat rumah tak keluar ke hape.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 11:11 PM | Show all posts
mcm ade dah jer..takpe2..aku ttap bersetuju..hapuskan PATI..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 01:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by tabasco at 22-2-2010 13:36

tapi salah orang kita gak yang xmau keje buruh,pam minyak,restoran.pembangunan ni ade pro dan kontranye.

pro:negara korang akan maju,bangunan besar,duduk rumah yang cantik
kontra:warga asing bersepah2 sebab terpaksa amik tenaga luar utk jadi orang gaji,buruh sebab orang tempatan xmau keja,kuat merungut,rompakan,inflasi,harta tidak dibahagikan sama rata.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 01:57 AM | Show all posts
rakyat malaysia tak guna terutama orang melayu malas nak kerja sebab tu kena ambil orang asing masuk kerja dan kerajaan tak tahu nak uruskan semua ini.hisaputi tahu apa?tahu hisap puti je. nasib baik ada orang asing mari tolong kalau tak teruk lagi negara malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 11:12 PM | Show all posts
ini lah jadinya klu buat keputusan bersandarkan kepentingan politik,kroni, duit dan bukannya kepentingan negara.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 11:42 PM | Show all posts
sbb utama rasanya kerana laumgan kerajaan sgt menggalakkan untuk mereka beranak cucu disini, terutamanya MALAYSIA BOLEH.
laungan ini sebenarnya menjadi realiti kapada mereka, kerana
mereka bebas membuat apa saja disini walaupun mereka kosong, klu ikut standard penguatkuasaan agensi2 kerajaan kita ni, bila mereka dh beranak cucu baru ler nak ambil tindakan hantar balik.
mmg kelakar ler, masa tu seumo hidup beso disini pastu tiba2 nk htr balik ke kpg yg mereka tak penah pijak.
macm tu hari yg diorg nk hantar balik org filipina di sabah, dh duduk sini 30,40 thn tiba2 nk halau......mmg takde akai, seorg kt kampung diorang pun dia tak kenai...................
jd nak benteras biar awal..........jgn hangat2 tahi ayam jer..............keje biar la serious.......jgn asik cakap kosong jer............rakyat dh fed up
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 12:21 AM | Show all posts
kebykan elemen kerajaan sudah diresapi gejalan rasuah
puak2 ni tidak takut menerima rasuah dgn byk
kerana ade ahli politik yg melindungi mereka
mmg negara kita akan hancur mcm indon

regards
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 11:50 AM | Show all posts
Kat area rumah saya rakyat negara apa yang tak ada..indon..vietnam..bangla..india..negro..pendek kata segala jenis pendatang yang ada kat malaysia nie memenuhi kawasan la..malam2 penuh je diaorg melepak..adoi la sakit la mata & saya takut pada mereka sebab kelakuan mereka memang menakutkan mabuk la..apa la macam2 peel...
saya pernah bertanya pada indon kat office katanya kat kwsn rm saya ada pelindungye.betul@tidak saya tak tahu.1kepala RM10..dengar macam RM 10 sikit je..Tapi kalau dah beribu pendatang kat kawasan tu mahunya kaya sipengutip duit tu..Kalau betul berlaku gegala nie..sampai bile isu nie tak akan selesai...
Kalau nak banteras kena betul2 kalau terlampau ramai sangat pendatang memang macam2 gejala ada & kebanyakan mereka datangkan masalah & ketakutan pada rakyat tempatan..Kita perlukan tenaga kerja mereka tapi bukan sampai tak terkawal seperti sekarang...
Dah lama tak g ke kotaraya..Central market coz takut tengok pendatang yang memenuhi kawasan itu setiap kali cuti....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 12:38 PM | Show all posts
PATI ni adalah sumber rejeki kpd sesetngah agensi yg korup
mereka menpow PATI utk duit n duit
tanpa memikirkan implikasi kpd negara
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 01:54 PM | Show all posts
ala buat2 terkejut kunun menteri ni. x kan la x perasan, mmg luar biasa bilangan pekerja asing kt mesia ni. apa org2 umno semua buta ka? baru hari ni mengaku lambakan luarbiasa pekerja asing? selama ni dok dlm gua ka?lepas tu apa tindakan? mmg la tektik umno ni bwk masuk indon ramai2 pas tu bagi ic, kerakyatan pas tu suh undi BN.mcm la rakyat marheim ni x perasan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 04:55 AM | Show all posts
aku ingat aku kat surabaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.331576 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list