CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5214|Reply: 2

Buaya ‘sumbang’ gemparkan penduduk Kuala Wau dan Serengkam

[Copy link]
Post time 23-2-2010 08:30 AM | Show all posts |Read mode

LUIT - Kemunculan buaya yang sinonim sebagai pemangsa ganas bukan perkara baru bagi mereka tinggal berhampiran Sungai Pahang, malah berita kematian disebabkan serangan reptilia itu juga amat jarang didengari.

Bagi penduduk Kampung Kuala Wau dan Lubuk Paku, mereka pasti tidak melupakan kejadian seorang kanak-kanak dibaham buaya ketika sedang bermandi-manda bersama rakannya, 30 tahun lalu.

Kejadian itu dianggap kes terpencil kerana tiada lagi kejadian sama berlaku, namun kelibat beberapa buaya ‘sumbang’ yang dijumpai dan ada cubaan membaham manusia kembali menggemparkan penduduk sekitar Kampung Serengkam, Merangis dan Merbau.

Buaya ‘sumbang’ yang dikatakan kalah bersaing dalam kumpulannya itu dilihat sering berkeliaran di sepanjang laluan Sungai Pahang dari Kuala Luit hingga ke Batu Dinding.

Terbaru, seorang nelayan sungai, Abd Rahman Maun, 40, mendakwa terserempak dengan binatang yang sentiasa ingin dijauhi sesiapa yang berada di Sungai Pahang itu, ketika dia bersama tiga rakan lain turun menghanyutkan jaring sekitar jam 10 malam, Khamis lalu.

Menurutnya, seperti kebiasaan pada waktu malam, nelayan tidak akan menyalakan lampu suluh ketika memandu bot.

“Saya dan rakan lain, sebaik melepasi Batu Dinding, kami bersiap untuk melabuhkan jaring.

“Ketika itu rakan duduk di hadapan bot ternampak sebatang balak besar sedang hanyut secara melintang dan menuju ke arah kami.

“Sebaik disuluh, kami terkejut apabila dua biji mata buaya bersinar dan rakan memandu bot segera mengelak supaya tidak berlanggar dengan haiwan itu. Nasib baik sempat membelok dan hampir mengenai tubuhnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Abd Rahma berkata, dia hairan kerana buaya yang dianggarkan sebesar saiz pintu rumah itu tidak tenggelam tetapi terus berada di tepi bot seakan yakin bahawa manusia bukan tandingannya.

Katanya, dia dan rakannya membatalkan hasrat menghanyutkan jaring dan pulang ke rumah dengan perasaan berdebar-debar.

“Di seberang, ada beberapa orang sedang memancing di tepi tebing dan saya rasa buaya itu menuju ke arah mereka tetapi terhalang bot kami,” katanya.


Credit: sinarharian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 09:23 PM | Show all posts
selamat semua...........
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 11:10 PM | Show all posts
m esti banyak udang galah kat sungai tu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037495 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list