CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2146|Reply: 3

Warga asing dan Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 7-3-2010 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by renjer at 7-3-2010 15:43

Melihat anak-anak muda warga asing berpidato secara petah dan fasih dalam Bahasa Melayu, membuatkan perasaan aku terharu. Pertama kerana kebolehan mereka yang mencuri perhatian dan kedua, keyakinan yang ditunjukkan terhadap Bahasa Melayu.

Sebab malam tu aku tgk tv 1, aku tidak merasa jemu menyaksikan aksi 56 peserta dari 51 negara yang menyertai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010 yang berakhir kelmarin, walaupun banyak cerita menarik di tv lain waktu ketika itu. Kebanyakan peserta adalah dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur.  Tahniah kepada penganjur atas kejayaan PABM. Sejak diadakan pada 2007, pidato itu menerima sambutan hebat dari tahun ke tahun. Di ideakan oleh Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pidato itu antara lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Najib nampak jalan bagaimana Bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca suatu ketika dahulu sewaktu kegemilangan tamadun Melayu, boleh diangkat kembali ke persada dunia.  Melihat komitmen Najib dalam menjaga kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan cukup tinggi walaupun beliau tidak pernah cakap berdegar-degar laksana pejuang bahasa. Banyak petunjuk lagi menampakkan kesungguhan Najib meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komersial. Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan di bawah kabinet beliau membuktikan hakikat tersebut. Dalam Najib berusaha meningkatkan kemampuan rakyat Malaysia menguasai bahasa asing terutama Inggeris, beliau sesungguhnya telah membina landasan lebih baik untuk masa depan Bahasa Melayu.

Melihat usaha tersebut amat besar maknanya ketika banyak bangsa di dunia memperhebatkan survival bahasa mereka termasuk kaum-kaum lain di negara ini. Selain bahasa ibunda masing-masing, tulisan mereka juga terus diperkasakan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa seantario dunia.

Menghadiri majlis anjuran organisasi dan pihak bukan Melayu yang turut dihadiri menteri dan pemimpin serta hadirin semua kaum. Tanpa rasa teragak-agak, pihak-pihak berkenaan bercakap dalam bahasa ibunda sementara Bahasa Kebangsaan seperti tiada nilai. Untuk mengharapkan Bahasa Kebangsaan kita mendapat penghormatan tertinggi semua kaum sebagaimana yang dinikmati di Indonesia, terasa masih jauh.

Maka  tertarik dengan penganjuran PABM termasuk kejayaan peserta negara China, Zhang Song menjuarai kategori antarabangsa. Teruja dengan kebolehan dia dan peserta lain termasuk juara 2007 iaitu pelajar Rusia, Olga Vasilevskaya. Kefasihan mereka memberi harapan baru bahawa Bahasa Melayu mampu dilonjakkan.
Selepas memenangi pidato itu, Olga menyambung pengajian peringkat sarjana di negara ini. Kini penguasaan Bahasa Melayu beliau jauh lebih baik bagaikan seorang guru bahasa. Olga tidak menggunakan bahasa rojak sebagaimana dipertuturkan oleh majoriti rakyat kita termasuk orang Melayu.

Olga, Song dan para peserta PABM mengambil tempoh yang singkat untuk fasih. Sedihnya, ramai warga kita yang sehingga hari ini bukan sahaja tidak fasih dan berpelat tebal malah malu untuk bercakap dalam Bahasa Kebangsaan.

Pekerja asing dari Bangladesh dan Nepal misalnya mempunyai penguasaan Bahasa Kebangsaan lebih baik daripada sebahagian warganegara Malaysia. Agaknya pekerja asing peringkat bawahan lebih menghayati ungkapan di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.


p/s: pemidato dari china juara pidato..hebat sekali!!...skrg ni tgk kebanyakkan melayu bila berbahasa melayu adakala   
       campuran bahasa Inggeris  sebagai bahasa rojak majoriti bangsa kita ni..apa kata kalau berbahasa lnggeris biar
       bahasa lnggeris aje..bahasa melayu,bahasa melayu aje..ok tak..

       lepas ni lak..pendatang asing terutama yg perempuan bila da pandai cakap melayu, da mula pakai baju kurung,
       songket, kena lak yang jenis putih russian, america fuhh masa anak kita pakai jeans, t-shirt.....hehe


cth2 ayat org melayu kite biasanye awek2, boy2, akak dan sbg:  

aku x pham promotion die tu.. aritu aku g bli set b'fast kene cas RM8 lebey kot.. pstu aku tnye kwn2 aku yg promotion tu pebende..

mana you'll pegi ni..

by the way l kuar dlu

ckp la terus terang dgn family ko yg dia tak nak dgn laki tu..

tak pun bagi tahu tak ready lagi nak memulakan alam perkahwinan..ye la muda lagi kan? dont waste time..

sorry ah klaw thread ni menjatuhkan maruah Polis..

tu je yg ckp direct kt makcik tu ckp secare berbisikk;

slumber you all ni...

you'll nampak wierd...nape ek..



ok ..forumer..mohon bagi pendapat yang bernas yang boleh kita kongsi untuk kesejahteraan bersama..

t'kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 04:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 7-3-2010 16:21

menarik..

dalam website ustazamin.com ada cerita pengalaman beliau mengajar bahasa melayu di universiti Russia..
dia juga ada cerita banyak manuskrip dan kitab2 purba melayu di simpan di seluruh eropah di mana orang melayu sendiri tak tahu kewujudannya..
juga di ceritakan tulisan asal bangsa melayu (tulisan rencong) tak sampai 10 org dalam dunia ni yg faham dan kesemuanya berbangsa eropah !

juga journal dari edward tregear yg bertarikh 1898 yg membuat kajian persamaan dari segi bahasa antara bangsa melayu dan bangsa MAYA di Amerika Tengah.

persoalan dari kajian ni, adakah bahasa melayu meluas penggunaannya hingga ke benua Amerika ATAU bangsa melayu belayar dan mengembara hingga sampai ker Amerika Tengah?

FYI, bangsa maya ni adalah bangsa yg amat bijak dalam matematik dan astronomi. kesan sejarah maya yg terkenal adalah MAYAN CALENDAR yg menjadi fenomena di barat dan sumber inspirasi filem 2012. bawah ni link dier..


http://www.jps.auckland.ac.nz/document/Volume_7_1898/Volume_7,_No._2,_June_1898/Notes_on_Maya_and_Malay,_by_Edward_Tregear,_p101-108
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 08:55 AM | Show all posts
satu perkembangan yang baik memartabatkan Bahasa Melayu diperingkat dunia...tak dinafikan ramai dikalangan Org2 Melayu sendiri yg segan tuk berbicara /berbual dalam bahasa sendiri....ramai yang suka campuraduk BM dan BI...mcm tak lengkap rsnya kalau tak dicampuradukkan....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 09:19 AM | Show all posts
Aku ade juga tgk. Tapi lupa hari bila. Mmg bagus2 diorg nie berpidato dlm bahasa Melayu. Cuma ade sorang peserta dr german pompuan nama tak ingat, masa nak bermula bunyi melayu tu tak terkeluar2. Berapa kali ntah dia cuba nak betulkan balik bunyi sebutan tu. Sbb yg bunyi melayu yg dia sebut bercampur dgn bunyi slang german lagi.

p/s: siap ade nama2 samaran mlayu lagi diorg tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.049505 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list