CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11706|Reply: 75

Sepatutnya kita kahwinkan anak2 muda ni semasa mereka berumur 15/16 to 21 y.o

[Copy link]
Post time 18-3-2010 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Bill at 19-3-2010 19:31

Salam, saya nak tanya pandangan para ibu bapa kat sini, tak kira yg senior atau masih muda, sanggup ke korang kahwinkan anak2 korang masa mereka masih lagi berumur 15, 16 hingga 21 tahun, baru je beberapa tahun akil baligh?
   
        Sebab saya dapat takwilkan, banyak masalah kegelisahan jiwa anak2 remaja ni dapat dihilangkan apabila kita kahwinkan mereka pada umur ni, jadi tidaklah mereka banyak membuang masa, duit dan tenaga dengan bercinta, mengurat dan entah apa2 lagi yg sewaktu dengannya. Saya sendiri pernah lalui peringkat umur ni, jadi saya faham perasaan mereka.
     
          Kalau tuan2 dan puan2 semua nak argue pasal financial responsibility, saya cadangkan kita bantu mereka dari segi family planning, betul2 ajar mereka guna kondom ke, IUD ke, apa2 sahaja yg berkesan mencegah kehamilan, jadi mereka boleh make choices dari segi education dan their life future without any dragging responsibilities. Nanti dah bersedia nak dapat anak waktu pasangan2 muda ni berumur pertengahan atau akhir 20an, atau awal 30an, barulah kita boleh galakkan mereka untuk membina keluarga yg sebenarnya.
   
        Sebenarnya amalan begini dah lama diamalkan di negara2 Timur Tengah seperti Saudi, Kuwait, UAE dan sebagainya, cuma ia belum menjadi budaya di Malaysia. Yang membudaya di sini ialah budaya percintaan anak2 remaja, yg jika tidak dikawal boleh membawa kepada gejala sosial......
  
        Amacam, parents kat sini apa pandangan korang? Sanggup ke korang berkorban demi ketenangan jiwa anak2 remaja korang?

Btw, kat bawah ni saya ada sertakan artikel-artikel hujah menyokong perkara ni dari ulama'-ulama' yang muktabar. Kebanyakan soalan tuan puan memang dah ada jawapannya dalam artikel2 tu, cuma tinggal kita nak sesuaikan saranan mereka dengan suasana dalam masyarakat dan keluarga kita je...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 09:23 PM | Show all posts
perkhawinan bukan kerna seks sahaja.
harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:24 PM | Show all posts
perkhawinan bukan kerna seks sahaja.
harap maklum
the_slayers Post at 18-3-2010 21:23


tapi melihat kepada kepincangan anak2 muda sekarang,baik dinikahkan je...applicable pada yg nampak birah,muda2 nak bergelpren-boipren
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:28 PM | Show all posts
balek la kepada ajaran agama semula.
bagaimana agama mengajar untuk mendidik anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:38 PM | Show all posts
dulu lain.. sekarang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:41 PM | Show all posts
perkahwinan bkn penyelesaian pd permasalahan dan paling utama perlu diterapkan dlm masyarakat bahwa perkahwinan bukan semata2 tuk seks......kalu dibg penyelesaian semudah kahwinkan jek budak2 remaja ni agar tenang jiwa mereka.......btui ka jiwa mereka akan tenang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2010 09:49 PM | Show all posts
anak kahwin kita tanggung....lepas tu cucu kahwin pun kita tanggung jugak...
sempat nak tengok cicit kalo camnie...

aku memang tak setuju langsung kecuali lelaki tu dah bekerjaya,berapa ramai family nak tanggung camnie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 09:58 PM | Show all posts
anak kahwin kita tanggung....lepas tu cucu kahwin pun kita tanggung jugak...
sempat nak tengok cicit kalo camnie...

aku memang tak setuju langsung kecuali lelaki tu dah bekerjaya,berapa ramai ...
danedzya Post at 18-3-2010 21:49


       Tanggung mereka kahwin je lah, tak payah galakkan mereka beranak. Tunggu mereka berkerjaya dululah baru kita galakkan mereka berkeluarga.......Ni antara penyelesaian yg pernah difikirkan oleh ulama', ilmuan dan cendikiawan Islam untuk mengatasi masalah anak2 muda yg gatal membirah ni, hehehe....dah banyak sangat dah tersebar 3gp melayu kat sana sini, tak sanggup rasanya nak tengok masalah macam ni terus berlanjutan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 10:16 PM | Show all posts
kawin bkn benda main2..dah cukup bersedia ke nk jd isteri atau suami orang..kalo 16 tahun kawin tp umur 18 dah bercerai macam mana..maklumla tak matang..kawin ni melibatkan byk pihak,banyak hati..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:17 PM | Show all posts
       Tanggung mereka kahwin je lah, tak payah galakkan mereka beranak. Tunggu mereka berkerjaya dululah baru kita galakkan mereka berkeluarga.......Ni antara penyelesaian yg pernah difikirkan ol ...
Bill Post at 18-3-2010 21:58



ulama, cendekiawan Islam masa bila? blh bg cth ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by bezita60 at 18-3-2010 22:20
Post Last Edit by Bill at 18-3-2010 21:54

Sebab saya dapat takwilkan, banyak masalah kegelisahan jiwa anak2 remaja ni dapat dihilangkan apabila kita kahwinkan mereka pada umur ni, jadi tidaklah mereka banyak membuang masa, duit dan tenaga dengan bercinta, mengurat dan entah apa2 lagi yg sewaktu dengannya. Saya sendiri pernah lalui peringkat umur ni, jadi saya faham perasaan mereka.
Bill Post at 18-3-2010 21:11



tidak dinafikan perkahwinan itu salah satu drpd kebaikannya..dpt mententeramkan jiwa.
tapi kalau paksinya tidak betul...(berbalik pd asas agama)...
berkahwin sepuluh kali pun...belum tentu dpt menenangkan jiwa...tambah serabut ada la.

kene kaji semula..kenapa dlm Quran ada ayat ni.."(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram". (13:28).
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:20 PM | Show all posts
kawin bkn benda main2..dah cukup bersedia ke nk jd isteri atau suami orang..kalo 16 tahun kawin tp umur 18 dah bercerai macam mana..maklumla tak matang..kawin ni melibatkan byk pihak,banyak hati..
Sweet_PC Post at 18-3-2010 22:16





semakin tambah sibuk lerr pej. agama nnt.....udah ler skrg pun dah byk kes cerai berai ni, bebudak remaja ni kawin cepat cerai cepat lagi lerr tambah masalah jekkk........nak selesaikan masalah lain timbul masalah lain......kendiannya takde apa pung yg selesai...se lagik, kawin jek takkan stop maksiat berlaku........yg bini org laki org umo dah tua pung berskandal bagai, blh konfiden ka bebudak ni takkan buat skandal gak????
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:41 PM | Show all posts
anak TT nak bekahwin ke dlm usia yg begitu muda?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 10:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by Bill at 18-3-2010 23:43
ulama, cendekiawan Islam masa bila? blh bg cth ka?
BingkaUbi Post at 18-3-2010 22:17


Hehehehe, btw ni pendapat lama la.... Takkan ko tak pernah baca buku "Tarbiyatul Awlad Fil Islam" - Pendidikan Anak2 Dalam Islam? - by Dr. Abdullah Nasih Ulwan, ko google jer bersepah2 academic references pasal dia. Ni aku quote satu article pasal dia :

"Dalam masalah ini saya bawakan pendapat Dr.Abdullah Nasih Ulwan yang menyarankan perkahwinan segera dan pengislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini. Tentu usaha kita terhad tanpa bantuan pihak berkuasa."

Btw, masalah skandal tu sebab suasana persekitaran tu dah terlalu teruk. Hmmmm, memang susah kalau kita nak fikir dengan akal fikiran....kalau kita nak fikir betul2 memang banyak yg kena fikir. Btw aku utarakan benda ni for something to be thought thoroughly je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 10:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by Bill at 18-3-2010 23:07

Full article

KAHWIN AWAL

Adakah berkahwin awal satu tuntutan pada masa sekarang? Persoalannya sekarang adakah seseorang yang muda yang umur meningkat ke 20 tahun dan telah menpunyai couple atau tidak, tapi mepunyai keinginan untuk berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.? Adakah dengan kahwin awal dapat menyelamatkan dari segala kejahatan(maksiat) kepada Allah?a

Cuba kita lihat perkahwinan itu sendiri ialah menghalalkan segala yg haram. Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat??

Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.

Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.

Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.

Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:

"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu. Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT.

Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya.

Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.

Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."

Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

Permasalahnya sekarang bila ditanya oleh couple2 jawapan yang mereka berikan “saya belum bersedia lagi” tapi apabila melihat kembali sudah pun bersedia keluar sekali, berpegangan tangan, jadi jawapan yg diberikan sama sekali tidak bersasas. Bukankah itu menunjukan kesediaan kepada “Mukadimah Zina??”

Dalam hal ini Agama sudah jelas membawa kepada kita. Dengan panduan yang baik demi kesejahteraan umat itu sendiri. Dalam konteks masalah ini banyak pandangan ulama dalam hal masalah ini.dengan banyaknya masalah sosial, rogol, sumbang mahram dan sebagainya. Adakah masalah ini akan belanjutan sehingga generasi yang akan datang?? Dalam masalah ini saya bawakan pendapat Dr.Abdullah Nasih Ulwan yang menyarankan perkahwinan segera dan pengislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini. Tentu usaha kita terhad tanpa bantuan pihak berkuasa.

Perkahwinan adalah satu syariat, tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang unggul. Allah s.wt telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara. Bukan bermaksud mensyariat kahwin awal bermaksud kawin di bawah umur mengikut undang-undang yng berbeza setiap Negara. Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam islam. Usia “shabab” atau belia remaja dalah waktu sesuai untuk mendirikan rumah tangga berdasarkan seruan Rasulullah S.A.W

يا معشر الشباب من استطاع منكم البأءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بااصوم فاءنه له وجاء

Maksudnya: “Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 10:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by Bill at 18-3-2010 23:10

Pada usia inilah tenaga, kekuatan dan kehendak seks itu berkumpul. Rasulullah S.A.W juga menyarankan agar memilih pasangan yang di kalangan mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan, melaksanakan tangungjawab rumah tangga. Bagi wanita pula, inilah masa sesuai untuk melahirkan zuriat yang sihat dan generasi yang baik demi kesejahteraan ummah.

Bagi permasalah ini pula akan timbul bagi pasangan yang tidak mampu dari segi ekonomi. Kalau nak kahwin kena ada duit. Kalau tak macam mana nk tangung isteri dan anak2?? Melihat pemasalahan ini memang ia tidak dapat dinafikan ia adalah sangat penting tetapi kita perlulah berusaha melihat di hadapan dengan lebih positif. Dan inilah yang di anjurkan dalam Islam. Kerja dengan niat yang baik adalah ibadat. Janganlah kita bimbang akan rezekinya. Sebab Tuhan yang memberikan rezeki. Bahkan rezeki itu sendiri tidak akan datang melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh.

SARANAN&HUJAH

Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup menghalang anak jagaannya daripada berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama, akhlak, amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia. Ada pun meletakkan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.


Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais , Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid” Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda “Nikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita. Dan Nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat. Nabi memberi kaedah seperti puasa. Dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “Nasfu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”. Dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat. Antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama. Adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik, menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu, masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ becouple” ketika kahwin adalah terbaik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 11:10 PM | Show all posts
yg kawin umo dah banyak pun macam2 masalah depa buat...neh nak bagi budak yg tak cukup akal/hanya pk nak sonok je kawin?kawin 3-4 thn mula masing rasa bosan,,, pastu apa jadik? bab tanggungjawan bole ke dorang pk?kalau takat pk nak sonok je tu mmg dorang pandai takyah sape ajar pon takpe,,,
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:13 PM | Show all posts
perkhawinan bukan kerna seks sahaja.
harap maklum
the_slayers Post at 18-3-2010 09:23 PM

memang la ... tapi kena ingat lelaki dibekalkan hanya 1 nafsu .... jadi 100% seks perkara utama dalam perkahwinan ... lagi pun dunia sekarang aktiviti seks lebih awal terdedah kepada kanak2 ..

satu lagi seks bukan bermakna perhubungan jenis sahaja ... seks ialah perhubungan jasmani melibatkan emosi, naluri dll ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:18 PM | Show all posts
fikiran derang ni lum matang lg...................

byk buruk kalau kawin muda...............financial tak stabil...........emosi tak terkawal.........

dalam umur macam tu............baik derang konsenteret study dulu................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 11:20 PM | Show all posts
Pensyariatan Kahwin Segera

Perkahwinan dalam Islam merupakan suatu tuntutan dan kewajipan dalam pembinaan masyarakat yang unggul. Oleh itu Allah SWT telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan keluar kepada pelbagai perkara. Penulisan ini akan menjuruskan kepada Pensyariatan kahwin segera. Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam Islam melainkan mengikut keadaan sesuatu masyarakat. Usia ’syabab’ atau belia remaja adalah paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga.

Sabda Rasullah SAW;

“..Wahai para belia jika sudah tiba kemampuan persediaan kamu maka berkahwinlah..”

Di samping itu pada usia inilah tenaga, kekuatan dan kehendak seseorang itu terkumpul. Oleh itu Rasulullah SAW juga menyarankan agar pasangan memilih di antara mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan, melaksanakan tanggungjawab rumahtangga. Bagi wanita pula, inilah masa melahirkan zuriat penyambung generasi. Perkara ini lebih dititik beratkan pada zaman yang penuh dengan fitnah, pencabulan, rogol, sumbang mahram dan gejala sosial yang parah dari hari ke hari. Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyarankan agar perkahwinan dilaksanakan segera dan pengislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini.

Saranan & Hujah

Hujah yang menggalakkan kahwin segera boleh dikeluarkan berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah SWT;

“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)

Imam al Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan. Arahan ‘kahwinkanlah’ menunjukkan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggungjawab ini di lihat tergantung kepada penjaga samada anak lelaki atau wanita. Janganlah sampai dimomokkan mentaliti mereka dengan kemiskinan semata-mata mahu menghalang jagaannya yang layak dari melakukan berkahwin. Tidak sepatutnya bagi seorang yang beriman dengan Allah SWT meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu sikap yang dipuji oleh Allah SWT.

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang berbunyi;

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda; “..Apabila datang meminang seorang lelaki yang engkau redhai agamanya, akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia, jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas..” (HR Tirmizi).

Jelasnya Baginda SAW menganjurkan kepada penjaga agar mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama, akhlak dan amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia. Adapun meletak syarat-syarat tambahan ditakuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya membawa fitnah kerosakan dalam masyarakat.

Hadith Rasulullah lagi,

Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).

Saranan mengahwinkan dengan segera apabila ditemukan sekufunya seakan-akan seiring dengan tuntutan dua perkara yang disebut terdahulu. Menyelesaikan solat pada waktunya yang singkat dan menguruskan mayat yang manjadi rosak sama pentingnya dengan mengahwinkan anak dara tadi.

Sabda Rasulullah SAW;

Dari Fatimah binti Qais, Sesungguhnya Rasullah SAW telah mengarahkan dia mengahwini Usamah bin Zaid dengan bersabda; “Nikahlah kamu Usamah bin Zaid. Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda; “Nikahlah Usamah bin Zaid. Maka aku nikahinya. Maka Allah telah menjadikan dengannya kebaikan yang banyak dan kelapangan” (HR Muslim).

Ketika itu umur Usamah bin Zaid masih belum menjangkau 16 tahun.

Sabda Rasulullah SAW lagi;

Dari ‘Aisyah r.a, sesungguhnya Rasulullah telah bersabda; “Sekiranya Usamah itu budakku nescaya aku pakaikan dan hiaskan sehingga aku menginfaqkannya.” (HR Ibnu Majah dan Ahmad)

Hadis ini bermaksud sekiranya Usamah bin Zaid menjadi anak perempuan Rasullah SAW nescaya Baginda akan memakai pakaian dan barang kemas sehingga berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW;

Dari Saidina Umar bin al Khattab r.a. sesungguhnya telah berkata; “Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka” Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065662 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list