CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6858|Reply: 17

ucapan selamat pengantin baru kepada Tan Sri Mohd Isa

[Copy link]
Post time 14-4-2010 08:23 AM | Show all posts |Read mode
selamat pengantin baru kepada Y. Bhg. Tan Sri Mohd Isa Samad......yang akan melaksanakan majlsi perkahwinannya pd hari ini......semoga berbahagian dunia akhirat bersama keluarga tersayang...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 09:24 AM | Show all posts
Isa nikah Bibi Sharliza petang ini

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
[email protected]

SEREMBAN 13 April – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang menduda sejak 2005, akan bernikah dengan bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid petang esok.

Upacara pernikahan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi itu akan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Gentam, Kuala Pilah pukul 3 petang.

Mohd. Isa yang juga ADUN Bagan Pinang dan Ketua Penerangan UMNO negeri ketika dihubungi malam ini, mengesahkan mengenai pernikahan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

“Tak perlulah diperbesar-besarkan. Saya perlu jaga hati ahli keluarga saya, anak-anak saya dan juga keluarga perempuan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada masa sama, keluarga Bibi Sharliza juga tidak dapat dihubungi untuk memberi kenyataan.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas bersama ketua-ketua sayap cawangan UMNO Bahagian Teluk Kemang di Dewan Bagan Pinang di sini, Mohd. Isa berkata:

“Kalau saya kahwin saya akan jemput semua. Saya akan beritahu anda apabila tiba masanya nanti.”

Mohd. Isa, 60, dilahirkan pada 14 November 1949 di Sungai Udang, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada 7 Disember 2005 akibat penyakit kanser.

Beliau memulakan karier politik pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi DUN Linggi sebelum dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sehinggalah pilihan raya pada 1982.

Di peringkat akar umbi, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sejak 1978 sehinggalah sekarang.

Pada 11 Oktober tahun lalu, Mohd. Isa memenangi kerusi DUN Bagan Pinang selepas menewaskan calon Pas, Zukefly Mohamad Omar pada pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Sementara itu, Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal dilahirkan pada 20 November 1970 dan memulakan karier politik sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri dan Ketua Penerangan Puteri UMNO dari tahun 2000 hingga 2003.

tahniah la tan sri..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 09:53 AM | Show all posts
duda bertemu ibu tunggal..ok la tu..tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 12:05 PM | Show all posts
iyer ker ibu tunggal....bukan ada skandal semasa masih menjadi isteri.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2010 12:10 PM | Show all posts
AIK???
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 12:23 PM | Show all posts
erk??!!!..
tahniah..tahniah...semoga berkekalan dan bahagia...

ni blog bibi tu kan...

http://bibisharlizapu3.blogspot.com/

not bad..cantik gak orangnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2010 12:44 PM | Show all posts
4# nafeesa

katanya...
berskandal time masih jadik bini orang tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 04:39 PM | Show all posts
Isa Samad - Bibi Sharliza selamat dinikahkan
14/04/2010 3:52pm

SEREMBAN 14 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Samad selamat diijabkabulkan dengan bekas Setiausaha Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid dengan sekali akad pada pukul 3.30 petang tadi. - Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 04:54 PM | Show all posts
tahniah le......
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:07 PM | Show all posts
tahniah jelah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 09:48 AM | Show all posts

ADUN Bagan Pinang Tan Sri Isa Samad menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manis isterinya iaitu bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza. Dengan sekali akad, Isa dan Bibi selamat diijabkabulkan di kediamannya di Kuala Pilah, semalam. Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan merupakan seorang duda dan pernah berkahwin dengan Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada Disember 2005 akibat penyakit kanser. Manakala Bibi pula merupakan seorang ibu tunggal mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini. - Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 07:06 PM | Show all posts
tahniah dan slamat pengantin baru kepado kedua-dua mompolai
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 09:03 AM | Show all posts
hebat hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:20 PM | Show all posts
Elok ahhh ... daiepado dudo dapek gak mak jando ... samo padan samo lawa samo kortu ...

Haaaaaa ..... Mat Iso, bilo nak jd MB laie?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 03:59 PM | Show all posts
sy sokong pernikahan yang sah...............congrates
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 01:58 AM | Show all posts
tahniah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2010 11:16 AM | Show all posts
tahniah tuk tan sri isa n bibi
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 01:19 PM | Show all posts
Reply 14# robotech


    harap tak jadi MB lagi... abihkan boreh jer... takde apa benda yg menarik yg dia buat ekekekek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045502 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list