|
Post Last Edit by selimutpurple at 19-6-2010 10:15
update pungutan pingat kontijen johor-9am, 19 june 2010
  |  emas |  perak |  gangsa |  jumlah |  bil | 40 | 39 | 53 | 132 |
skuad johor berada di ke dudukan ke 4 selepas terengganu(47), wilayah persekutuan(43) dan selangor(42)...
tahniahhhhhhhhhhhhhhhhh
Sedia gempur...Atlit skuad Harimau Selatan yang akan membawa cabaran Johor pada SUKMA ke-13 di Melaka
JOHOR BAHRU: Johor akan menyertai 32 daripada 33 acara sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka mulai 10 hingga 19 Jun depan.
Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata, penyertaan dalam banyak acara sukan itu menunjukkan penekanan yang diberi kerajaan negeri dalam mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili negeri ke peringkat yang lebih tinggi.
Katanya, Johor sendiri sudah menganjurkan sukan Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) dan sukan antara daerah sebagai langkah pencarian bakat-bakat baru untuk memikul cabaran negeri ke peringkat yang lebih tinggi.
"Melalui penganjuran sukan JPMM, pencarian bakat dan pelapis atlet negeri ini dilakukan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi kerana ia melibatkan penyertaan masyarakat dari kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DN).
"Ia seterusnya diperkukuhkan lagi dengan penganjuran sukan antara daerah yang diadakan saban tahun. Semua ini dilakukan bagi memastikan Johor memiliki barisan pelapis yang mantap untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan seterusnya antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap ketika menerima kunjungan hormat daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XIII, Melaka 2010 , di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.
"Saya berharap, mereka yang akan mewakili negeri di sukan itu nanti supaya bersaing dengan penuh semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi demi mencapai kejayaan dalam acara yang mereka sertai," katanya.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Abdul Ghani berkata, ia adalah satu kejayaan yang bermakna kepada BN.
Katanya, berdasarkan kemenangan itu, BN perlu menjalankan kajian untuk melihat kecenderungan dan pola pengundian yang berlaku di situ.
"Saya fikir kita perlu lihat kecenderungan dan pola pengundian yang berlaku di kawasan itu sama ada di kampung, luar bandar, taman-taman perumahan, kampung baru, pekan dan bandar mengikut peti undi di kawasan masing-masing untuk melihat kecenderungan undi masyarakat di kawasan berkenaan," katanya.
Katanya, kajian itu boleh dijadikan petunjuk untuk BN menghadapi pilihan raya kecil yang akan datang atau setidak-tidaknya mengetahui kecenderungan rakyat dalam tempoh satu hingga dua tahun ini |
|