|
salam...
Saya nak tanya lah, kalau ada sesiapa yg tahu... sebab perkara ni dah lama sgt berlaku, cuma saya je yg tak ambil peduli. baru sekarang nak peduli.
saya selalu perasan bahawa, di kaki saya, di bhg betis dan peha, sering terdapat kesan lebam2. ada masanya lebam tu saiznya mcm cap ibu jari tangan, ada kalanya berbentuk bulat kecil aje... dan terbaru ni kat bhg depan betis, lebam berwarna merah dan sedikit membengkak & agak sakit. Sebelum ni lebam ni tak ler begitu menyakitkan. saya pun bukannya aktif hingga kaki boleh terantuk & menyebabkan lebam. Saya rasa lebam ni terjadi sewaktu saya tidur di waktu malam. Apa yg menghairankan, bilik saya bersih & tiada apa2 serangga yg boleh dituduh sbg penyebab. Selimut juga kerap dibasuh/ditukar. tapi, lebam2 ni tetap jugak wujud apabila saya bangun diwaktu pagi....
harap ada di kalangan forumners yg dpt membantu/advise... tq |
|