CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2906|Reply: 10

Cerita sangat pendek: MENITI LIKU SEPI (ELLA)

[Copy link]
Post time 22-7-2010 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by seratus_sukan at 22-7-2010 00:51

Perlahan-lahan Suhaidin mengusap janggutnya yang jarang umpama bebatang rim motosikal. Terkial-kial memijak sesuatu di dada tanah halaman rumahnya.
“Hiah..hiahhhh…go go power rangers..” diikuti selingan muzik siri adiwira popular suatu ketika dulu. Makin galak hentakan kaki Suhaidin ke tanah. Bagai dirasuk puaka pokok Ketapang.

--------------------

Sakit mental nya itu kian kronik. Dari  hari ke hari. Minggu ke bulan. Begitu lah nasib Ahmad Suhaidin Bin Abdul Wahab yang berumur 28 tahun 3 bulan 10 hari itu  bekelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Purdue tajaan MARA selepas dilanggar oleh sebuah lori “pick-up” ketika pulang dari pasar kira-kira 6 bulan yang lepas. Namun sakit mental Suhaidin tidak lah berterusan. Ada masa-masa nya sahaja..

---------------------

“Isk, isk isk…cukup lah tu Suhai…pergi masuk mandi dah nak maghrib ni..aku nak ke surau kamu nak ikut sekali ke tidak..??” Tanya Pak Wahab pada anak nya Suhaidin yang bersaiz dua kali ganda besar dari  nya. Ikut baka mak nya barangkali.  Suhaidin kemudian terdiam. Lantas beredar dari situ sambil berlari mendongak dan menjerit menuju ke pintu rumah bagaikan Siamang di hutan. “Aku nakkkk…aku nakkk…aku nakkkk…”  Akhir nya suara Suhaidin lenyap di balik pintu rumah.

----------------------

Pak Wahab hanya mampu menggeleng-geleng kan kepala. Namun mata nya bulat tertumpu pada tempat Suhaidin bersungguh-sungguh memijak sesuatu tadi. Dia mendekatinya dengan penuh minat.

-----------------------

Keesokan hari nya.

“Cukup lah tu bapak…..hari dah mendung sangat dah..kita masuk rumah jom..” Pujuk Suhaidin. kelihatan Pak Wahab yang dari semalam nya masih berada di situ. Memijak-mijak sesuatu itu. Keadaan nya tak ubah seperti Suhaidin semalam. Menggila memijak sesuatu itu.

-----------------------

Rupanya sesuatu itu adalah nombor plat lori “pick-up” milik nya WRS 677. Lori yang melanggar Suhaidin dan isterinya, Rojiyah. Isterinya meninggal di tempat kejadian. Manakala Suhaidin cedera parah di kepala sehingga tidak sedar kan diri selama 7 hari. Pak Wahab jadi begitu sejak 6 bulan 7 hari. Awal 7 hari dari Suhaidin. Begitu lah hari-hari anak beranak itu.

-----------------------

Beberapa minit kemudian, buti-butir hujan turun kian lebat membasahi hening petang yang berliku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 07:14 AM | Show all posts
salam & monin...
rumah bru rupanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 07:20 AM | Show all posts
salam amanda..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:28 AM | Show all posts
salam amanda..
seratus_sukan Post at 22-7-2010 07:20



hai....
slamat buka rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 09:39 AM | Show all posts
boleh tak masukkan watak melati dalam cerita ni..

http://mforum4.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D2

aku tak puas hati la watak melati habis camtu..penulis asal lak tak sambung..

sesuai la melati bercinta dengan Ahmad Suhaidin Bin Abdul Wahab
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 09:47 AM | Show all posts
wah... ada rumah baru...next...next...apa jd dgn dua beranak 2???? atau dah habis kat situ aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2010 09:54 AM | Show all posts
wow ada cerita baru....
thanks 100 sports, nak lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 08:06 PM | Show all posts
Reply 5# rezal_khan
haha..itu kena tanya encik LLM dulu..{:2_64:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2010 08:07 PM | Show all posts
Reply 6# asnita
maaf le..cerita tu memang dah habis..{:2_66:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 08:08 PM | Show all posts
Reply 7# cewey2
kena tunggu cerita baru yang lain pulak..{:2_77:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 01:05 AM | Show all posts
dua2 beranak duk wad giler...
bapak langgar anak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.290436 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list