View: 5700|Reply: 11
|
SAVE MORE......KEDAI BERAS DARI BERNAS
[Copy link]
|
|
PENAH DENGAR TAK?
TAU TAK KAT MANE?
ADE SAPE2 PENAH PG X???
APE PENDAPAT KORANG..... |
|
|
|
|
|
|
|
penah dgr...mmg ade kedai ni pn...dekat je ngan umah...tp xpenah pegi lagi....
nti klau dh pegi, kte update k.... |
|
|
|
|
|
|
|
HEHEHH OK THANKS......STILA |
|
|
|
|
|
|
|
Save more ni ada satu kat bangi (belakang OLDTWON cofee)
kedai dia murah sikit..banyak jugak beras kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
plus minus...ader yg murah skit ader yg mahal skit..barang tak byk sgt kecuali beras...tiap kali pegi mesti kena ketuk meja kat cashier tu sbb cashier dia "hilang" |
|
|
|
|
|
|
|
plus minus...ader yg murah skit ader yg mahal skit..barang tak byk sgt kecuali beras...tiap kali peg ...
boyak Post at 22-7-2010 13:22
cam tu pulak erk...
kemana hala cashier tu pergi |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 cashier lepak kar luar...begossip |
|
|
|
|
|
|
|
Bernas Buka 3,000 Kedai Runcit ‘Save More’ Menjelang 2016
TANJONG KARANG, 8 JUN (Bernama) — Padi Beras Nasional Bhd (Bernas) akan membuka 3,000 kedai runcit menjelang 2016 dalam usaha membantu petani dan pesawah memasarkan produk mereka terutama beras gred ST15 (beras hancur 15 peratus), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.
Beliau berkata kedai runcit yang diberi nama ‘Save More’ itu akan dibuka secara berperingkat-peringkat dalam usaha membantu masalah kekurangan bekalan beras yang sering terjadi setiap tahun.
“Dengan adanya kedai ini kita harap rakyat tidak akan hadapi masalah mendapatkan beras terutama beras yang dikawal kerajaan iaitu beras ST15,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sepetang Bernas bersama pesawah dan petani di sini hari ini.
Noh berkata sebagai permulaan, sebanyak 120 kedai runcit itu akan dibuka pada tahun ini dan 300 buah lagi pada 2011 sebelum mencapai jumlah yang disasarkan pada 2016.
Bernas telah membuka empat kedai runcit itu di Setia Alam, Subang Perdana, dan Puncak Alam, kesemuanya di Shah Alam serta di Bukit Tinggi, Klang, Selangor, katanya.
Beliau berkata isu beras ST15 memerlukan penyelesaian memandangkan dalam tempoh Ogos hingga Februari tahun ini kerajaan telah membelanjakan RM182 juta subsidi iaitu purata RM1 juta sehari untuk membeli beras.
Sehubungan itu, katanya pembukaan kedai itu merupakan antara langkah relevan dan terbaik bagi memastikan masalah berkaitan bekalan dan subsidi itu dapat diselesaikan dengan berhemah.
Katanya, selain beras, kedai runcit berkenaan turut menjual barangan keperluan harian lain seperti tepung, gula dan kopi.
Noh berkata pembukaan kedai itu juga memberi peluang perniagaan kepada golongan siswazah yang berminat setelah Bernas bersetuju menyediakan latihan dan kursus kepada mereka dalam tempoh enam bulan.
Beliau berkata Bernas akan membimbing siswazah yang berminat menjadi pengurus kedai runcit berkenaan sebelum menawarkan mereka jawatan yang sama selepas tamat tempoh enam bulan berkenaan.
Terdahulu, pada majlis yang sama, seramai 100 pesawah telah dipilih untuk menunaikan umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Bernas.
– BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kedai ni memang murah. Aku selalu pergi yg di Bukit Jelutong. Pada aku beras dia adalah yang terbaik. Kedai ni pun Bernas yg punya.
Satu contoh perbandingan harga yg aku boleh bagi ialah drinking water jenama Seamaster. Kalau di Mydin jual 89 sen di savemore 70 sen saja sebotol. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai ni memang murah. Aku selalu pergi yg di Bukit Jelutong. Pada aku beras dia adalah yang terbaik ...
manfrotto Post at 23-7-2010 15:50
errkkk....la, sekampung rupenye kte.... tp xpenah lg pegi kedai tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ramai orang tumpu pada Mydin je kan Stila ...? Tak perasan kat belakang tu ada Savemore. believe me, beras dia memang superb. Cuba minta pendapat penjaga kedai tu, they know about beras and can tell u beras mana yg best ... siap ada yg ajar beras tu boleh campur-campur. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|