CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8756|Reply: 6

Projek seliaan 'BLUE ARCHIPELAGO' di Pantai Penarik,Setiu (Projek apa?)

[Copy link]
Post time 24-7-2010 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Kalu korang gi KT lalu ikut jalan Pantai, mesti korang perasang satu projek cam mega tepi pantai Rhu Sepuloh.Tadi petang aku
lalu, siap dah naik pagar biru tertera 'BLUE ARCHIPELAGO'.Igtkan projek resorts tp x lojik sbb tanah tu dekat sgt dgn pantai.
Pastu dah naik satu mesin mcm 'terowong ala2 citer STARGATE' kat tepi pantai tu.Tertanya2 gak apa projek ni..

Lepas tanya pakcik Google ni aku dapat:

Blue Archipelago
    - A Malaysian seafood brand associated with wholesomeness, food safety and premium quality through shrimp aquaculture.


Projek ni cm laju gak.Tapi takut gak ganggu org nak berkelah situ...sbb pantai situ mmg panjang dan sgt2 cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2010 09:11 PM | Show all posts
KETERANGAN PROJEK
Komponen utama projek adalah:
• Sistem penyaluran air laut bawah tanah yang terletak di luar pantai untuk memastikan air
laut yang bersih;
• Perkampungan pekerja yang baru dan jalan baru;
• Tapak untuk bangunan pentadbiran, bangunan pemprosesan dan jalan baru;
• Reka bentuk kolam peliharaan yang berbentuk modular;
• Kolam sedimentasi berpusat yang berupaya mengawal effluen dari kolam peliharaan;
• Lebih kurang 100 hektar telah diperuntukan sebagai kawasan hijau dimana sebahagian
besarnya terletak di sepanjang tebing Sg Caluk yang bertindak sebagai zon penampan
dan tujuan konservasi; dan
• Projek akan dibangunkan dalm dua fasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2010 09:14 PM | Show all posts
IMPAK POSITIF

iSHARP akan mengubah Hutan Gelam di Setiu kepada kawasan perternakan udang yang
produktif. Kelebihan utama termasuklah:

• Projek ini akan menjana 1,500 peluang pekerjaan, di mana 10% daripadanya adalah
penglibatan professional dan gred pentadbiran. Penduduk Terengganu akan
memperoleh 70% keutamaan dalam pekerjaan baru dari projek ini.

• Kumpulan yang disasarkan adalah daripada yang mempunyai pendidikan SRP dan ke
atas untuk melakukan aktiviti perikanan. Kelebihan sosio-ekonomi kepada komuniti
tempatan secara tidak langsung mengurangkan pergantungan pendapatan daripada
pengumpulan telur Penyu dan Tuntung dan juga mendapatkan sumber perikanan di
Paya Setiu. Oleh itu, kemajuan di dalam status sosio-ekonomi yang dibawa daripada
projek ini akan mengurangkan tekanan sumber paya semula jadi.

• Pemaju projek menganggarkan RM 3 juta diperuntukkan untuk membekalkan barangan
dan perkhidmatan dan ini akan mengalir ke dalam scenario perniagaan setempat dalam
setahun. Jika keadaan ini berterusan selama 20 tahun, sejumlah RM 32 juta dijangkakan
akan mengalir ke dalam masyarakat setempat.

• Pembangunan yang dicadangkan akan menggalakkan transformasi tapak sedia ada
kepada kawasan akuakultur yang produktif ditambah dengan infrastruktur dan fasiliti.

• BAB telah menyediakan kawasan seluas 2 hektar untuk dibangunkan sebagai pusaT
penyelamatan Tuntung dan Pemuliharaan Tanah Lembab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2010 09:17 PM | Show all posts
IMPAK NEGATIF

Impak tinggalan akibat daripada pembangunan iSHARP adalah seperti di bawah:
• Kehilangan habitat;
• Impak iSHARP kepada Paya Setiu;
• Pencemaran air disebabkan penghasilan kumbahan;
• Kelodakan dan pemendapan Sg Caluk;
• Impak kemasinan tehadap ekosistem Sg. Caluk;
• Pencemaran dari bahan berbahaya; dan
• Impak tinggalan terhadap sosio ekonomi.

NOTA:
1000 Ha Taman Bersepadu Akuakultur Udang (iSHARP)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 09:47 PM | Show all posts
yg ni dapat kat kosmo

SETIU - Kerajaan Terengganu meluluskan tanah seluas 1,200 hektar di Penarik di sini bagi membangunkan projek integrasi Taman Akuakultur Udang (I-Sharp) bernilai RM200 juta yang akan bermula pada tahun 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat berkata, melalui pelaksanaan projek tersebut, Terengganu dilihat bakal menjadi antara pengeksport udang harimau dan udang putih utama di negara ini.

Menurutnya, fasa pertama projek tersebut melibatkan penggunaan 400 hektar tanah dan pembinaan 500 kolam ternakan udang dijalankan di bawah penyeliaan syarikat Blue Archipelago Berhad (Blue Archipelago).

Rozi menjelaskan, beberapa kemudahan lain akan turut dibina di situ dan antaranya kilang memproses udang, pusat penetasan udang, makmal, tempat penginapan dan bangunan pentadbiran.

"Kerja-kerja pembersihan dan pecah tanah sedang dijalankan dan projek ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 1,300 penduduk tempatan," katanya pada majlis pelancaran pembangunan I-Sharp di Sekolah Kebangsaan Penarek di sini kelmarin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:13 PM | Show all posts
ni yg mana ni  nshrudean, yg besar mcm resort kat besut tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2010 10:57 AM | Show all posts
projek ni company aku pernah nak masuk 'line'....tapi dgrnye company Ranhill yg dapat. rasanya as main contractor kot.

by the way projek ni dah jalan ke?...

sebab info yg aku dapat masih dalam proses penilaian EIA.....wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040621 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list