CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4289|Reply: 7

Pembalakan Haram di Tasik Kenyir SETEL: Broker&kerabat diraja didakwa

[Copy link]
Post time 25-7-2010 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by webxcrawler at 25-8-2010 22:45

Orang Terengganu tau ke ada orang dok seret balak kat tasik kenyir?






Lebih lanjut belek sini: http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=496625&;extra=page%3D1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2010 08:10 PM | Show all posts
ni baru tau neh...tq TT atas info...rasanya balak dalam air kt kenyir dari dulu dah kena stop tebang kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2010 09:04 PM | Show all posts
ni baru tau neh...tq TT atas info...rasanya balak dalam air kt kenyir dari dulu dah kena stop tebang ...
t@t Post at 25-7-2010 20:10


Maaflah saya kurang arif tentang undang undang/peraturan balak dalam Tanah Melayu. Tetapi sebagai pendaki gunung yang beretika, apa yang kami faham & sedar sekiranya diwartakan sebagai Taman Negara, pokok setinggi 1cm pun tidak boleh ditebang, dikeluarkan dan segala yg mengubak keadaan asal apa sahaja di dalam warta Taman Negara. Ada antara kengkawan pendaki penah disaman/dihalau oleh pihak Taman Negara kerana menebas di dalam hutan Taman Negara kerana ingin merentas denai hutan. Sebagai contoh, sekiranya tempat itu diwartakan menjadi santuari pembiakan ikan sekalipun, memberi makan pada ikan pun salah. Jadi sekiranya sebegini apatah lagik.

Terengganu mempunyai destinasi perlancongan alam semula jadi yang hebat. Selamatkan lah selagi boleh diusahakan. Sekiranya undang undang membenarkan pembalakan, tetapi kesannya adakah dirasai oleh pembuat undang undang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 09:47 PM | Show all posts
saper punya keje lar ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:55 AM | Show all posts
Rasenyer dulu pernah ade kuar berita tentang penebangan balak yang tenggelam dalam tasek kenyir nih... Yang kat atas tanah mmg tak bagi potong lama dah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:31 PM | Show all posts
keje sape nih???cpat ngaku...cepat2!!:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-8-2010 10:40 PM | Show all posts
[quote="pokpar Gunungonline.com"]
Palsukan dokumen: Broker, kerabat diraja didakwa

KUALA TERENGGANU 23 Ogos - Seorang broker tanah dan seorang kerabat diraja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh memalsukan dokumen melibatkan penjualan balak yang belum ditebang bernilai lebih RM114 juta di tanah milik Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Bagi tuduhan pertama, Wan Lateff Wan Embong, 54, dari Kampung Wakaf Mempelam dekat sini, didakwa memalsukan satu dokumen iaitu agreement for sale of standing trees kononnya antara Tuanku Mizan dan International Ship Industri (M) Sdn. Bhd., melibatkan tanah seluas 5,113 hektar di kawasan Hutan Simpan Tembat, Mukim Hulu Terengganu, dengan anggaran nilai RM102 juta.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 30 September dan 5 Oktober tahun lepas di Pejabat Tetuan Ahmad Shahabudin & Co., Peguam Bela & Peguam Cara beralamat di 304 dan 305, Tingkat 3, Wisma Kokitab di sini.

Bagi tuduhan kedua pula, Wan Lateff dituduh telah memalsukan satu dokumen iaitu agreement for sale of standing trees kononnya antara Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan International Ship Industri (M) Sdn. Bhd.

Ia melibatkan melibatkan kawasan tanah balak seluas 568 hektar di kawasan yang sama dengan anggaran nilai RM12 juta.

Dia dituduh melakukan kedua-dua perbuatan itu dengan niat supaya dokumen palsu itu dapat digunakan bagi tujuan menipu dan ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Wan Lateff yang diwakili peguam Nodin Kassim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abdul Majid.

Tertuduh kedua, Tengku Nikman Tengku Mahmud, 56, dari Kajang, Selangor, dituduh memalsukan dokumen yang sama pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Dia juga dituduh bersubahat melakukan perbuatan itu pada 5 Ogos dan 5 Oktober tahun lepas di tempat yang sama.

Tengku Nikman merupakan pengajar di sebuah IPTS dan bekas penolong pendaftar sebuah universiti tempatan yang tidak diwakili oleh sebarang peguam, juga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Devanandan kemudian memohon kepada mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM150,000 seorang dengan alasan ia merupakan satu kes yang serius kerana melibatkan reputasi Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.

Beliau juga meminta supaya kedua-dua tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan memohon supaya kes tersebut dibicarakan secara bersama.

Setelah mendengar rayuan daripada kedua-dua tertuduh, Hakim M. Bakri membenarkan Wan Lateff diikat jamin sebanyak RM30,000 manakala Tengku Nikman diikat jamin sebanyak RM20,000.

Mahkamah turut memerintahkan supaya kedua-dua tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya supaya kes itu dibicarakan bersama.

Hakim M. Bakri kemudian menetapkan 22 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu bagi memberi peluang kepada Tengku Nikman untuk melantik peguam. - BERNAMA


[size=150]Akhirnya kebenaran timbul juga... kemenangan utk diraikan di bulan Ramadhan  :mrgreen: [/quote]

http://www.gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=23&t=3141
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 02:53 PM | Show all posts
bangkai gajah mana boleh tutup kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063295 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list