CS ada terfikir nk membela ferrets puler, setelah sekian lama membela kucing dan guenea pig..ada antara forumers yang ada exp membela ferrets? bole share?
ps: ada yng kata ferrets ni mcm kucing, tp its more playful..
1 word dia busuk. n take time tuh kasi dia jinak mcm kucing rsanya. kucing than ferrets sgt2 beza better amek chipmunk or 1 g hedgehog ke apa ntah. x sure, tp price lebey kurg la. dulu ada bela 2 yrs bru kasi lepas, dia looks ok dgn human then ilang melarikan diri sbb kami bz dgn benda apa ntah. so rsanya xyah kud. busuk sgt busuk even dh cucuk.
ah.. thank u.. ML.. CS rasa ada betol jugak apa yng u kata, dat day, masa CS pg Pet shop dkt midvaley tuh, dis ferret memang jinak ( bila pegang manja n all) , potty trained tp one thing 4 sure,he's sangat busok/hancing....hayoo.. smpai abes melekat kt baju bau nyer..
so ferrets is a no no..
bih NO NO there. bukan la x best tp utk wat as our pet mcm x sesuai sgt2. better chipmunk, couple merah tgk dlm 1400 so sekot 700. ok laa, lebeu kurg je ngan ferret. time merah beli dulu ferret dlm 8++. now dh trun, ada 7 pon. yg putih tuh x sure la, sbb merah bela yg kaler coklat.
hahah... baek.. i'll look for chipmunks then, the husband pun mcm amused jer dgn chipmunk itu hari masa kt pets wonderland.. dats means, i ve got an early approval! haha
chipmunk dunno coz x penah bela tp they looks sweet la kat petshop ritu. x busuk mcm ferret, hee. ouhh good to hear that, dia pon rsa cute la tuh. so nk grab sekor or couple?
if sugar glider, senang je. tp best bila dia suka jalan2 round our body just dia kecik n suka pee time jalan. spoilt la, tp kn bole letak dlm hp case tuh. my sis bawak jalan2 round mall. sometimes dia bunyi org akan tgk je. bunyi dia, nnti try dgr.
korang tau apa tu ferret? pasti ramai yang tak pernah mendengar nama tersebut apatah lagi membelanya kan? oleh sebab tu, aku buka benang ni untuk memberi sedikit informasi dan pendedahan tentang haiwan comel bernama ferret ni.
ferret ni boleh dikategorikan sebagai haiwan belaan exotic, masih tak ramai orang malaysia yang mengenali ferret ni. Even doktor haiwan sekali pun.
Menurut wikipedia, ferret adalah haiwan mammalia dari jenis Mustela putorius furo yang telah didomestikasikan. Ia adalah pemangsa seksual "dimorphic" (karektar/trait yang berbeza mengikut jantina) di mana jantan adalah jauh lebih besar dari betina. Ia pada kebiasaanya memiliki bulu berwarna coklat, hitam, putih atau warna bercampur-campur (warna biasa ferret hitam coklat, juga dipanggil "sable"). Badan ferret boleh mencecah 51cm panjang, termasuk 13 cm adalah ekor. Berat pula boleh mencecah lingkungan 0.7-2 kg, dan jangka hayat adalah selama 7-10 tahun.
Tempoh bunting untuk seekor ferret adalah 42 hari, ia boleh melahirkan 3-7 anak pada satu-satu masa. Ia juga boleh mengandung 2 hingga 3 kali dalam setahun. Anak ferret bercerai cerai susu ketika berumur 3-6 minggu dan boleh mula hidup berdikari pada umur 3 bulan. Ia matang secara seksual pada umur 6 bulan.
Ferret adalah haiwan "crepascular", yang bermaksud mereka akan menghabiskan masa 14-18 jam sehari hanya untuk tidur dan paling aktif di sekitar waktu subuh dan senja. Ferret sangat gemar menggali dan suka tidur di tempat yang tertutup.
Seperti sesetengah haiwan karnivor lain, ferret mempunyai kelenjar bau berdekatan dubur mereka, rembesan dari kelenjar ini digunakan untuk menandakan bau. Ferret juga akan mengunakan air kencing sebagai penarik ketika musim mengawan dan untuk mengenalpasti ferret-ferret lain.
Seperti juga skunk, ferret akan mengeluarkan bau bila rasa terancam dan takut. Tetapi baunya tidaklah sekuat bau skunk dan bau itu akan hilang dengan cepat.
Apabila teruja, ferret akan membuat tarian weasel, di mana ia akan melompat-lompat kegilaan dari sisi ke sisi dan melanggar apa sahaja benda berdekataan (comel kalu tengok ). Tujuan tarian weasel ini sebagai jemputan untuk mengajak bermain. Ia sering diiringi oleh bunyi lembut, biasanya dipanggil "dooking". Sebaliknya, apa bila marah, ferret akan membuat bunyi/desiran yang berbeza.
Dari segi pemakanan, ferret adalah "obligate" atau "true" karnivor, maksudnya dia HANYA makan daging sahaja. Diet semulajadinya adalah daging, organ, tulang, kulit dan sebagainya. Sistem pencernaan ferret adalah pendek dan ia mempunya metabolisma yang sangat cepat dan tinggi, maksudnya mereka perlu diberi makan lebih kerap (setiap 6 jam) dan makanan yang diberikan hendaklah mempunyai kadar protein yang tinggi (bagi ayam rebus, ataupun makanan kucing khas untuk kitten, kalu nak bagus brand iams atau royal canin) .
Dari segi kesihatan pula, ferret diketahui mengalami beberapa masalah kesihatan. Antara yang biasa adalah kanser kelenjar adrenal, pankreas dan sistem limfa. Penyakit disebabkan virus juga tidak terkecuali, contohnya "canine distemper" (penyakit yang biasa pada anjing) dan influenza (selesema). Masalah kesihatan juga boleh berlaku kepada ferret betina yang tidak digunakan untuk mengawan (bole bawa maut ni!). Seperti juga kucing, ferret boleh mengalami masalah "hairballs" dan gigi.
ps: kalau nak bela seekor je ferret, aku suggest mandulkan lah. selain elak masalah kesihatan, bole kurangkan bau busuk ferret jugak
si jonny ni dah dijinakkan & baik. sifat semulajadi ferret memang akan mengigit/kasar kalu main, mula2 dulu dia gigit memang sakit la. fyi, kulit ferret ni tebal, tak macam manusia. so memang kena train dulu supaya dia biasa dgn manusia, n tak gigit kuat2.