CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Pahang] Lelaki tidak berbaju ganggu pengguna Jalan Temerloh-Maran

[Copy link]
Post time 17-10-2021 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tidak berbaju ganggu pengguna Jalan Temerloh-Maran[size=0.8]Oleh Roselan Ab Malek - Oktober 17, 2021 @ 8:18pm[email protected]


Tindakan seorang lelaki yang tidak berbaju mengacukan parang kepada kenderaan yang lalu lalang di jalan Temerloh Maran menggemparkan orang ramai yang melalui jalan itu pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca




TEMERLOH :Tindakan seorang lelaki tidak berbaju yang mengacukan parang kepada kenderaan lalu lalang di Jalan Temerloh Maran menggemparkan orang ramai yang melalui jalan itu pagi tadi.

Tindakan lelaki itu berhampiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh di sini, menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila ramai pengguna jalan raya tidak berani melalui kawasan itu kerana bimbangkan risiko keselamatan.

Seorang pengguna jalan raya, Khaidir Ahmad, 59, berkata, dalam kejadian kira-kira jam11 pagi, dia dalam perjalanan menaiki kereta ke arah Maran.

"Apabila tiba di jalan berhampiran HoSHAS, saya lihat jalan sesak dan terdapat seorang lelaki tidak berbaju sedang memegang parang dan mengacukannya kepada kenderaan yang lalu di situ.

"Saya terkejut namun memberanikan diri memandu kereta lalu di situ dan bernasib baik tidak diserang lelaki berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusof berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu sudah menahan lelaki berusia 30-an berkenaan.

Katanya, kejadian berkenaan tidak menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian itu termasuk jika suspek mempunyai masalah mental.

"Setakat ini tiada individu yang tampil membuat laporan polis dan siasatan dilakukan terhadap suspek termasuk ujian saringan air kencing," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.047098 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list