View: 349|Reply: 0
|
[Sarawak]
Gagal patuh SOP, dua premis dikompaun RM10,000
[Copy link]
|
|
Dua buah premis perniagaan di sini dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata dua premis berkenaan dikenakan kompaun oleh anggota yang menjalankan Op Pematuhan SOP di sekitar bandar raya ini semalam.
Beliau berkata, premis pertama dikenakan kompaun kerana gagal mengemaskini buku keluar masuk pelanggan dan tidak mengaktifkan pengimbas suhu.
“Manakala, premis kedua turut dikenakan kompaun RM10,000 kerana membenarkan dua orang pekerja lelaki yang belum lengkap vaksinasi bekerja di premis tersebut.
“Kedua-dua premis yang dikompaun terletak di Jalan Upland dan Jalan Sultan Tengah,” kata dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kompaun dikeluarkan di bawah peraturan 17(2) PPPPB ( LLDKTJ) ( PPN) 2021.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|