CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 2

[Sarawak] Perdana Menteri buat lawatan mengejut ke rumah penduduk Perumahan Kampung Tunku

[Copy link]
Post time 23-10-2021 08:15 PM | Show all posts |Read mode


Ismail ditemani Abang Johari, Awang Tengah dan Fadillah meninjau keadaan rumah penduduk terjejas.

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan mengejut ke rumah penduduk yang rosak akibat projek pembentungan di Perumahan Kampung Tunku, Petra Jaya, di sini hari ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi akaun rasmi Facebooknya berkata, selepas lawatan kerja di Projek Hospital Petra Jaya, Perdana Menteri diiringi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan mengejut ke rumah penduduk di perumahan tersebut.

Katanya, Perdana Menteri meninjau sendiri keadaan kediaman seorang penduduk, Dzuraini Malek di Lorong B3, Kampung Tunku, Jalan Astana, yang merupaan salah sebuah rumah yang terjejas teruk dan telah bertanya sendiri dengan pemilik rumah mengenai permasalahan yang dihadapi penduduk.

Jelas beliau, baru-baru ini 226 rumah telah disiasat dan dinilai kerosakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di kawasan berkenaan, yang terjejas akibat projek pembentungan.
"Kerosakan disebabkan oleh penurunan tanah yang berpunca daripada saluran paip yang pecah.

"Alhamdulillah terima kasih YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri yang prihatin rakyat, dengan turun padang secara mengejut untuk meninjau sendiri permasalahan penduduk di situ dan telah bersetuju untuk membantu menangani isu yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

"Terima kasih juga YAB Ketua Menteri Sarawak yang telah memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan dan telah mengarahkan tindakan perlu diambil bagi membantu penduduk di situ," katanya.

Tambah Fadillah, beliau juga singgah di beberapa rumah penduduk di kawasan berkenaan selepas itu dan menyatakan keprihatinan Perdana Menteri untuk membantu menangani permasalahan yang dihadapi.

"Moga permasalahan penduduk di Kampung Tunku yang terjejas akibat projek pembentungan akan dapat ditangani segera demi kesejahteraan Keluarga Malaysia di kawasan berkenaan," ujarnya.

Turut sama pada lawatan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.


utusanborneo.com.my/2021/10/23

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 10:53 PM | Show all posts
boroinya polis belakang tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 01:19 PM | Show all posts
terbaik bak hg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.319078 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list