![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211028/twu-ub281021-hs-terbakarp1.jpg)
HANGUS: Anggota bomba berusaha memadam api supaya kawasan tersebut selamat untuk pengguna lain.
TAWAU: Seorang wanita mengalami kerugian selepas kereta miliknya terbakar secara tiba-tiba di Taman Bukit Bintang, Jalan Sin Onn, di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBMPM) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.05 pagi.
“Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah kenderaan telah terbakar keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini.
Katanya, pasukan bomba bertindak memadam kereta berkenaan dengan menggunakan pam angkut dan daripada sumber air terbuka.
“Operasi pemadaman terkawal pada jam 9.37 pagi dan ditamatkan kira-kira setengah jam kemudian setelah kawasan kejadian dipastikan selamat.
“Kereta tersebut telah terbakar keseluruhannya, namun tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Menurutnya, siasatan akan dijalankan untuk mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa.
utusanborneo.com.my/2021/10/28
|