CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1252|Reply: 1

[Sarawak] Harumkan Nama Negara Apabila Memperoleh Anugerah Mikrobiologi UK

[Copy link]
Post time 31-10-2021 06:42 AM | Show all posts |Read mode


Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Apabila Memperoleh Anugerah Mikrobiologi UK. Dipetik daripada Utusan Borneo, pelajar dari Universiti Newcastle, United Kingdom (UK) ini berjaya memenangi anugerah ‘Undergraduated Microbiology prize’ dari British Microbiology Society.

Umairatul Syaziah Roeslan, 21 tahun ini berasal dari Kuching Sarawak merupakan pelajar tahun 3 di Universiti Newcastle UK dengan mengambil bidang ‘Undergraduate with intergrated Masters in Cellular and Molecular Biology’.

Kejayaan Syaziah sememangnya telah memberi semangat dan inspirasi serta menjadi contoh kepada umum terutamanya pelajar-pelajar Sarawak.

Apakah isi kandungan karangan tersebut?

Menurut Utusan Borneo juga, Syaziah telah dicalonkan untuk anugerah ini berdasarkan karangan intergaratif yang ditulis untuk peperiksaan akhir tahun kedua. Karangan yang ditulis Syaziah adalah mengenai kepelbagaian biokimia yang ditunjukkan oleh bakteria anaerobik.

Syaziah turut menerangkan proses biokimia tertentu dalam organisma tertentu. Selepas membaca dan meneliti kajian-kajian lepas, Syaziah kemudian membuat keterangan bagaimana ianya dapat mengaplikasikan dalam sektor pertanian dan bioteknologi, kata Syaziah kepada Utusan Borneo semasa ditemu ramah.

Tambah Syaziah, pensyarahnya berkata mahu mencalonkannya dan menyerahkan karangan intergratif sebagai contoh kerja cemerlang dalam subjek tersebut.

“Saya tidak menyangka dicalonkan, apalagi menang, tetapi saya akan sentiasa cuba yang terbaik dalam segala yang saya lakukan” kata Umairatul Syaziah Roeslan.

Bidang yang diambil Syaziah turut mendedahkan kepada aspek yang penting dalam penyelidikan ilmiah

Bercakap mengenai bidang usahanya, Syaziah mengatakan bahawa pada mulanya dia ingin mengambil jurusan perubatan, tetapi oleh kerana dia semakin tertarik untuk menjadi saintis dan membuat penyelidikan serta kajian mendalam, dia memutuskan untuk menerima kemasukan dari University of Newcastle di UK untuk mengikuti program selama 4 tahun (Undergarduate with Intergarated Masters in Cellular and Molecular Biology).

Bidang ini tidak hanya mendedahkan Syaziah ke bidang profesional seperti biokimia, bioteknologi, kejuruteraan bioperubatan, dan bioprospek, tetapi juga mendedahkannya kepada aspek penting dalam penyelidikan ilmiah, iaitu bioinformatik.

Tahniah diucapkan kepada Umairatul Syaziah Roeslan kerana dapat membanggakan Sarawak dan juga telah memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk meneruskan usaha dalam pembelajaran.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2021 07:03 AM | Show all posts
Sarawakian student wins prestigious UK Undergraduate Microbiology Prize 2021

Newcastle University undergraduate student, Umairatul Syaziah Roeslan, who is currently pursuing an integrated Masters program in Cellular and Molecular Biology in the UK, has won the prestigious Undergraduate Microbiology Prize 2021.

The prize, awarded by the British Microbiology Society is awarded annually to undergraduate student in each qualifying institution in the UK, who performs best in microbiology in their penultimate year of study. Among the work assessed include best written dissertation on microbiological topic, best microbiology presentation and best examined microbiology module.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.469369 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list