CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 1

[Terengganu] Pengawal keselamatan maut motosikal langgar kerbau

[Copy link]
Post time 4-11-2021 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Pengawal keselamatan maut motosikal langgar kerbau
NORHASPIDA YATIM | | 04 November 2021



Keadaan motosikal mangsa setelah melanggar seekor kerbau di KM 22, Jalan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) - Pasir Raja dekat Kampung Jongok Batu, Dungun pada Rabu.

DUNGUN - Seorang pengawal keselamatan maut apabila motosikal yang ditunggang melanggar seekor kerbau dalam kejadian di Kilometer (KM) 22, Jalan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) - Pasir Raja dekat Kampung Jongok Batu di sini pada Rabu.


Dalam kejadian jam 9.55 malam itu, mangsa, Amir Zailan Zazwi, 26, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, insiden berlaku ketika mangsa dalam perjalanan balik dari tempat kerja dari arah AMBS menghala ke Kampung Jongok Batu.


"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis EX5 yang ditunggang mangsa melanggar seekor kerbau yang ketika itu berada di atas jalan.


"Kerbau yang dilanggar itu telah menghilangkan diri ke dalam semak di sebelah kanan jalan," katanya kepada pemberita, pada Khamis.


Menurut Baharudin, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ikal-langgar-kerbau
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 01:36 PM | Show all posts
suspek telah lari dlm semak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.330250 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list