CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 1

[Kelantan] 100 rumah veteran ATM siap akhir tahun ini

[Copy link]
Post time 5-11-2021 11:33 PM | Show all posts |Read mode
100 rumah veteran ATM siap akhir tahun ini[size=0.8]Hazira Ahmad Zaidi - November 5, 2021 @ 7:45pm[email protected]


Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman (kiri) menyerahkan replika kunci kepada veteran ATM tidak berpencen, Mohd Nawawi Mustapha (tengah) selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bina Baru Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2021 di Kampung Mata Ayer, Machang, hari ini. NSTP/ HAZIRA AHMAD ZAIDI


MACHANG: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperuntukkan RM2.6 juta untuk pembinaan baharu dan baik pulih 100 unit rumah veteran ATM di seluruh negara, yang dijangka siap hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad, berkata ia membabitkan 72 unit kediaman yang dibaik pulih bernilai RM14,000 seunit serta 28 unit bina baharu bernilai RM70,000 seunit.

Katanya, inisiatif menerusi Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM itu terbuka kepada pesara tentera atau balu yang pendapatan isi rumah di bawah Garis Kemiskinan (PGK) ditetapkan.

"Selain itu pada bulan ini, Kementerian Pertahanan menambah peruntukan RM2.1 juta bagi menampung tambahan kos baik pulih sebanyak 150 unit rumah veteran lagi, kolaborasi antara JHEV ATM dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Pada masa sama, beberapa inisiatif lain turut dirancang dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi, penambahbaikan pengurusan kemudahan bantuan kebajikan, peningkatan kualiti hidup dan iktiraf jasa pejuang negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bina Baharu Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2021 di Kampung Mata Ayer di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman.

Dalam pada itu, Dzulkarnain meminta veteran ATM yang tidak berpencen dan belum berdaftar dengan pihaknya agar berbuat demikian bagi membolehkan penyaluran bantuan termasuk Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diumumkan dalam Bajet 2020, baru-baru ini.

Katanya, ahli lama pula diminta mengemas kini maklumat peribadi diri.

"Sehingga kini, data kita menunjukkan terdapat 82,000 veteran ATM seluruh negara yang berdaftar," katanya.













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2021 11:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061339 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list