[size=0.8][size=0.9]Siti Rohana Idris
[email protected]
MISI mencari dan menyelamat lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa, 65, yang menunggang skuter berhenti secara tiba-tiba di jambatan berkenaan sebelum terjun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Ali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.56 pagi.
"Seramai 12 pegawai serta anggota dari BBP Darul Naim termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi.
"Mangsa dikatakan memanjat penghadang jambatan sebelum terjun ke dalam sungai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Ridwan berkata, misi mencari dan menyelamat akan dimulakan dengan membuat selaman di sekitar radius lokasi terakhir mangsa.
Disiarkan pada: November 15, 2021 @ 11:06am