CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 0

[Kelantan] Tiada laporan ambulans langgar penunggang motosikal

[Copy link]
Post time 22-11-2021 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Tiada laporan ambulans langgar penunggang motosikal

Siti Rohana Idris
[email protected]



KEMALANGAN yang didakwa membabitkan sebuah ambulans merempuh seorang wanita yang sedang menunggang motosikal di Jalan Panglima Bayu. FOTO Ihsan pembaca



Tanah Merah: Polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan sebuah ambulans melanggar seorang wanita yang menunggang motosikal di Jalan Panglima Bayu, di sini, Selasa lalu.



Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata pihaknya juga sudah membuat semakan dengan pengurusan Hospital Tanah Merah serta Jeli yang memaklumkan tiada sebarang kemalangan berlaku membabitkan ambulans.



"Setakat ini kami tidak boleh membuat sebarang pengesahan lagi berhubung dakwaan yang tular di media sosial itu.



"Kami juga sudah berhubung dengan pihak Hospital Tanah Merah serta Jeli namun masing-masing memaklumkan tiada kemalangan membabitkan ambulans dengan orang awam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Zainuddin berkata, pihaknya meminta agar mangsa tampil membuat laporan jika dakwaan itu benar bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan lanjut.



Dalam hantaran yang dibuat seorang pengguna Facebook, individu itu memohon bantuan agar menyalurkan maklumat mengenai ambulans yang didakwa melanggar seorang wanita yang menunggang motosikal.



Pengguna media sosial itu yang menyifatkan kejadian berkenaan sebagai langgar lari meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil bagi memudahkan tindakan selanjutnya.



Dakwaan yang dimuatkan dalam Facebook dan tular sejak semalam mengundang pelbagai kecaman terhadap pemandu ambulans dan meminta bertanggungjawab terhadap kejadian itu.



Bagaimanapun seorang pengguna Facebook lain menulis komen mengatakan, mangsa terjatuh sendiri akibat terkejut sebaik ternampak ambulans yang ketika itu sedang membawa seorang pesakit Covid-19 dari arah Rantau Panjang ke Jeli.

Disiarkan pada: November 22, 2021 @ 2:49pm





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.123983 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list