CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13968|Reply: 7

[Tempatan] Muka pucat lepas jumpa ‘makhluk’ menyerupai bapa di Hentian Mambau - "Badan dia sama dengan ayah. Dan dia merangkak”

[Copy link]
Post time 22-1-2025 11:48 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Seorang lelaki mengundang perasan seram netizen apabila berkongsi pengalaman menakutkan yang dialami anaknya apabila menemui makhluk menyerupai dirinya ketika berhenti solat maghrib di Hentian Mambau semalam.

Menurut perkongsian yang dimuat naik di TikTok oleh Mah Bayu Engineering, anaknya, Iskandar, menceritakan insiden aneh itu bermula ketika bapanya meninggalkannya sebentar di luar tandas.

Setelah menunggu agak lama dan memeriksa tandas, Iskandar mendapati bapanya tiada di situ. Keadaan menjadi semakin pelik apabila dia akhirnya menemui bapanya di surau dan bapanya menegaskan bahawa dia tidak pernah memasuki tandas.

“Lepas tu abang tanya, ayah bila ayah keluar? Lepas itu ayah kata, keluar mana? Keluar dari tandas. Lepas tu ayah kata, mana ada ayah pergi tandas? Lepas tu abang cakap, habis tu kalau ayah tak masuk tandas, siapa yang suruh abang tunggu luar? Macam tu ayah?” jelas Iskandar.

Lebih menakutkan apabila makhluk tersebut bukan sahaja meniru wajah dan suara bapanya, tetapi juga mengenakan jam tangan serta pakaian yang sama.

Keadaan bertambah menyeramkan apabila Iskandar, yang sedang solat Bersama bapanya, ternampak sosok menyerupai bapanya di luar tangkap surau. Makhluk tersebut memandang mereka dengan senyuman yang menunjukkan gigi tajam sebelum menghilang.

“Habis solat Maghrib tu, Abang sengaja pandang luar, dia tengah pandang kita. Dia pandang dari tangkap ke sini. Dia senyum pastu Nampak gigi tajam. Selepas itu dia ikut orang lain dan hilang,” tambah Iskandar.

Namun, ketika mereka memasuki kereta, Iskandar mendakwa bahawa makhluk tersebut masih mengawasi mereka dari dalam hutan di sebelah pokok besar.

Wajah makhluk itu lebih menyeramkan daripada sebelumnya, dengan mata hitam dan gigi tajam, serta tubuh seperti bapanya.

“Mata hitam. Gigi tajam. Muka dia hitam. Badan dia sama dengan ayah. Dan dia merangkak,” ujar Iskandar.

Di ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Iskandar yang jelas masih trauma akibat pengalaman tersebut.

“Lihat mata adik ini, boleh Nampak dia masih takut. Dia cakap pun dengan ayah dia pun rasa macam was-was dengan ayah dia. Mata dia masa bercerita pun melilau pandang sana sini sebab takut benda itu muncul lagi,” kata Cahaya.

“Kasihan anak abang, Nampak masih terkejut dan pucat,” tambah Abang Nasihat.

“Lihat muka adik ini pun masih trauma. Kalau saya dah nangis cepat-cepat masuk dalam kereta,” kata MsBonda.



Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau tu yang bersaka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mambau, rantau , rembau tu area tu kawasan kampung.
Mmg seram sikit lalu situ malam2.
Kitaorg balik kg pun lalu area situ plg lewat petang.
Sape aje berani lalu lepas maghrib.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 02:14 AM | Show all posts
antu raya la tu dek..
.. ke saka bapak ko!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang hantar hantu sebab tak puas hati mah bayu caj mahal utk buat wiring rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 23-1-2025 12:49 AM
Mambau, rantau , rembau tu area tu kawasan kampung.
Mmg seram sikit lalu situ malam2.
Kitaorg balik  ...

Iols search kt maps..takde pun hentian mambau ni..tp ada la terjumpa artikel lama, Hentian Mambau sunyi..tp kt mana eh..yg keluar Hentian PD ade la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2025 04:38 AM | Show all posts
tadi aku tengok dkt tt geng paranormal yg main terjah hutan ni.. mlm ni ada nampak 2 sosok.. satu mmg berdiri dkt block batu tepi jalan construction tu pastu satu berjalan celah pokok sambil terbongkok..

aku tak setuju lah kalau kita masuk tempat makhluk lain pada waktu malam ni, apa yg ko expect? kita ni shift siang je.. pastu duduklah dkt area manusia je.. ko masuk tempat org pastu dok cabar suruh tunjuk rupa.. mmg mendapatlah.. tak berbaloi pun dgn likes dgn gift tu.. pasal benda ni boleh jadi masalah kt kita kemudian hari nanti.. semua benda ada risiko dia.. nak berani ni kena bertempat dik ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah awak tu ada saka kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038861 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list