View: 25969|Reply: 11
|
[Jenayah]
Misteri penjawat awam hilang terjawab! Rupanya jadi mangsa keganasan isteri
[Copy link]
|
|
KEHILANGAN seorang lelaki terjawab selepas dia mengaku terpaksa melarikan diri gara-gara tertekan kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Terdahulu, kisah kehilangan mangsa yang merupakan seorang penjawat awam dikenali sebagai Calvin, menjadi perhatian warga maya selepas abangnya membuat hebahan di media sosial bagi meminta orang ramai menjejaki adiknya.
Menurut abang mangsa yang dikenali sebagai Aditya, dalam kejadian pada Sabtu lalu, adiknya memanjat pagar rumah dan kemudian langsung tidak dapat diketahui keberadaannya.
Malah Aditya meminta bantuan daripada firma guaman dan rakan-rakan untuk menjejaki adiknya sebelum mengetahui lelaki itu mengalami tekanan kerana menjadi mangsa penderaan isteri.
Difahamkan, Calvin yang menetap di Ciparay, Jawa, berjaya ditemui dalam tempoh 24 jam dan masih berada dalam keadaan trauma.
Dalam hantaran di media sosial, Aditya turut berkongsi kelakuan adiknya yang menunjukkan perubahan sikap selepas mendirikan rumah tangga.
"Adik saya tak pulang lagi ke rumah ibu bapa, beberapa kali keluar grup WhatsApp keluarga, tetapi saya selalu 'jemput' kembali, dia tidak pernah komen apa pun di grup.
"Sekitar lima hingga enam bulan berlalu tidak ada khabar, dapat informasi dari rakan kerja bahawa Calvin sering didera isterinya.
"Selama ini adik saya selalu ada luka lebam dan cakar. Tapi dia hanya beritahu terjatuh, bukan dipukul," ceritanya.
Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis dan Calvin mengakui dia menjadi mangsa penderaan oleh isterinya. -Agensi
Sumber ; mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bakal jadi bahan ketawa para acik porem. |
|
|
|
|
|
|
|
Konoha ke. Talak di tangan suami kan? So? Nak sheraikan pun takut kena belasah ke |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA: Konoha ke. Talak di tangan sua ...
dia hadap dia ja tau knp xgamak nk lafaz cerai tu |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki utk disayangi dan dibelai
bukan utk disepak terajang
kalau dah xsuka hantar dia balik rumah mak bapak dia elok2 mcm masa ambik dlu |
|
|
|
|
|
|
|
@nusaraya selamatrkan jantan jawa serumpun ni |
|
|
|
|
|
|
|
barbie laa...aku gigih baca awal2, tapi dah bau ikan.takkan pelik2 ni jadi kt malaysia...lepas baca perkataan jawa je konfirm kat kohona...
jangan la bawa berita indon masuk sini ngok... |
|
|
|
|
|
|
|
Ganas sgt ke bininya. Sampai xberani die nk pukul blk, siap lari rumah. Apesal x pijakkan je |
|
|
|
|
|
|
|
what??? ganas ke bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
dasyat bini dia ni, jarang2 berlaku..hahhaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|