|
KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin buruk dengan Besut menjadi daerah ketiga terjejas sehingga jam 8 malam ini.
Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kampung Bahri diaktifkan jam 6.30 petang tadi bagi menempatkan empat keluarga membabitkan 10 mangsa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, pembukaan PPS itu menjadikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga daerah sehingga jam 8 malam ini kepada 174 orang daripada 58 keluarga.
"Sehingga jam 8 malam, lapan PPS diaktifkan iaitu lima di Setiu membabitkan PPS Masjid Kampung Chalok Kedai, Masjid Kampung Gong Terap, Masjid Kampung Merbau Menyusut, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut dan Balairaya Kampung Bukit Mak Som.
"Dua PPS dibuka di Kuala Nerus iaitu di SK Mengabang Telipot dan Surau Mak Jintan membabitkan 30 orang daripada enam keluarga dan SK Kampung Bahru di Besut" katanya di sini, malam ini.
Katanya, PPS Bari Besar di Setiu yang sebelum ini menempatkan 16 keluarga daripada empat mangsa ditutup jam 6.30 petang tadi dan mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Mariana Mohd Taha, 49, bersama bapanya, Mohd Taha Mohd Amin, 89, duduk di hadapan rumah yang dinaiki air di Kampung Gong Terap, Setiu. - NSTP/Ghazali Kori
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|