|
KUALA TERENGGANU: Seramai 26 mangsa banjir di daerah ini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di Kuala Terengganu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, berkata semua mangsa daripada sembilan keluarga itu yang terjejas akibat gelombang pertama banjir di negeri ini berada di PPS yang dibuka sejak kelmarin.
Sementara itu, dua PPS di daerah Kuala Nerus iaitu PPS di SK Kompleks Mengabang Telipot dan Surau Mat Jintan ditutup pagi semalam.
Sebelum itu, PPS SK Kompleks Mengabang Telipot yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup pada jam 9 pagi, manakala PPS di Surau Mat Jintan ditutup jam 10 pagi.
Terdahulu, gelombang banjir pertama yang melanda Terengganu pada Khamis lalu menyebabkan lebih 100 mangsa terjejas.
Banjir yang melanda bermula Khamis lalu itu menyaksikan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dinaiki air. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|