CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 694|Reply: 0

[Pahang] Jawatankuasa khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

[Copy link]
Post time 6-12-2021 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Wan Rosdy

KUANTAN - Kerajaan Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat (JKPSTR) bagi memproses dan mempertimbangkan pemberimilikan tanah di bawah Skim Tanah Rakyat (STR), kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa yang dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 4 Ogos lepas itu juga bermatlamat untuk mempercepatkan proses permohonan individu yang layak mendapatkan tanah tersebut sama ada bagi membina rumah atau pertanian.

"Kewujudan JKPSTR dibahagikan kepada tiga wilayah untuk mempercepatkan proses permohonan iaitu wilayah Timur merangkumi Kuantan, Pekan dan Rompin, wilayah Tengah (Maran, Temerloh, Bera dan Jerantut) serta wilayah Barat (Bentong, Raub, Lipis dan Cameron Highlands).

"Ia dipengerusikan oleh pegawai kerajaan negeri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan supaya mesyuarat berkaitan permohonan tanah ini boleh diadakan sekerap mungkin," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Isnin.

Wan Rosdy menjawab soalan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) tindakan kerajaan negeri untuk membantu rakyat terutamanya golongan miskin memiliki tanah termasuk di bawah Rancangan Tanah Kelompok (RTK) yang merupakan model kepada pelaksanaan STR.

Sejak 2011 hingga November lepas, Wan Rosdy menjelaskan, sebanyak 199 skim tanah berperancangan bagi tujuan pertanian dan 53 skim tanah bagi tujuan pembinaan rumah telah diberikan dengan daerah banyak terlibat ialah Lipis, Temerloh, Jerantut dan Kuantan.

"Kerajan negeri juga ada menerima cadangan supaya keluasan tanah kira-kira 1.2 hektar yang diberikan buat masa ini ditambah kepada kira-kira 2 hektar namun selepas diperhalusi, keluasan sedia ada dikekalkan bagi memberi peluang lebih ramai rakyat memiliki tanah," katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... n-Skim-Tanah-Rakyat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048607 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list