CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 0

[Kelantan] 'Antara Kimono dan Kebaya' bawa tuah kepada Nasrin

[Copy link]
Post time 9-12-2021 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Nasrin ketika ditemui pemberita di SMK Hamzah 2, Machang pada Khamis.

MACHANG - Mengambil inspirasi bapa, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah 2 di sini berjaya merangkul anugerah di peringkat antarabangsa dalam bidang lukisan yang dipelajarinya sejak berumur sembilan tahun.

Nasrin Nadhirah Suhaidi, 17, memenangi pingat emas dan sijil merit untuk karyanya bertajuk 'Antara Kimono dan Kebaya' di 22nd International High School Arts Festival 2021 (IFAC- Japan) pada Ogos lalu.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, lukisan 'Antara Kimono dan Kebaya' itu mempunyai maksud tersendiri melibatkan percampuran budaya Jepun dan Malaysia serta direka khas untuk pertandingan berkenaan.

Menurut Nasrin Nadhirah, sebelum ini dia hanya memerhatikan gerak kerja yang dilakukan bapanya, Suhaidi Razi, 43, seorang pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang di sini.

Suhaidi sebelum ini mempunyai sebuah galeri di Melaka, namun mereka berpindah ke Kelantan selepas mula berkhidmat di UiTM Machang.


Nasrin (kanan) bersama salah satu lukisan yang dihasilkannya.

"Bapa saya ada menyewa sebuah rumah di sebelah kediaman kami yang dijadikan galeri. Selain itu, dia mempunyai sebuah galeri di Shah Alam. Insya-ALLAH saya akan memenuhkan hasil karya saya di sana nanti," katanya kepada pemberita di SMK Hamzah 2 di sini pada Khamis.

Beliau ditemui bersama Pengetua sekolah berkenaan, Norma Hassan dan guru subjek pendidikan seni visual, Nik Anita Nik Ahmad.

Mengulas lanjut, Nasrin Nadhirah berkata, dia pernah menghasilkan sebuah lukisan nukilan khas kepada ibunya, Rose Kadila Sabihan yang meninggal dunia pada tahun 2019 akibat kanser usus.

Katanya, lukisan bertajuk kasih sayang itu ditujukan khas kepada arwah ibunya yang ketika itu baru sebulan meninggalkan mereka sekeluarga.

"Selepas itu, saya semakin bersemangat untuk melukis dan memberanikan diri memasuki pertandingan pelbagai peringkat sehingga berjaya menjejak kaki ke Jepun.

"Ini merupakan usaha sama semua pihak iaitu keluarga, guru dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya. Insya-ALLAH, saya berharap cita-cita saya untuk menjadi pelukis terkenal satu hari nanti akan tercapai," ujarnya.

Nasrin Nadhirah berkata, dia turut muncul johan dalam pertandingan lukisan peringkat antarabangsa dengan karya bertajuk 'Kita Jaga Kita' dengan menterjemahkan gambar petugas barisan hadapan sebagai subjek utama memandangkan ibu tirinya juga seorang jururawat.

Sementara itu, Norma Hassan berkata, kejayaan Nasrin Nadhirah perlu menjadi contoh kepada pelajar lain terutama dalam mengekspresikan emosi dalam lukisan yang dihasilkan.


Nasrin bersama pengetua dan guru sekolahnya yang sentiasa memberi sokongan kejayaannya.

Selain itu, katanya, kemampuan mengalahkan wakil daripada 64 buah negara di peringkat antarabangsa dan 687 wakil peringkat kebangsaan membuktikan kejayaan cemerlang itu menjadi penanda aras kepada kejayaan lebih besar selepas ini.

Perkara sama juga diakui Nik Anita, salah seorang guru yang sentiasa membantu memberi tunjuk ajar mengasah bakat Nasrin Nadhirah sejak di bangku sekolah menengah.

"Dia rajin berusaha, dia ekspresikan emosi dalam lukisan menjadikan menarik dan menyimpan seribu satu maksud tersirat. Saya yakin dia mampu melangkah jauh selepas tamat sekolah nanti," kata beliau.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -tuah-kepada-Nasrin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.119154 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list