![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/08/sarawak-696x483.jpg)
KUCHING: Dari Aspirasi ‘Politik Pembangunan’ Tun Pehin Sri Taib hingga ke ‘Sarawak Didahulukan’ era Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, senario sosiopolitik Sarawak rancak berkembang.
Dengan komitmen dan dedikasi kepimpinan GPS pelbagai usaha pembangunan berterusan dilaksanakan.
Sehingga 2020 sahaja Kerajaan Negeri diterajui GPS berjaya menyediakan sebanyak 1.3 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dan sektor.
Dari jumlah itu, lebih 80,000 peluang pekerjaan diwujudkan setahun melalui pelaksanaan pelbagai program dan projek kerajaan.
50,000 lagi menerusi perkhidmatan dalam bidang digital di bandar dan luar bandar.
Peluang ini tersedia khusus kepada rakyat tempatan yang mampu menerima cabaran dalam bidang masing-masing.
Bagi memenuhi transaksi pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan separa mahir, maka pelbagai peluang latihan dan praktikal diadakan bagi meningkatkan kemahiran pekerja tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing.
Dengan peningkatan produk pelancongan pula terutama ekopelancongan dan pelancongan kesihatan, sektor ini menyediakan 243,000 peluang pekerjaan langsung kepada penduduk tempatan melalui penawaran pelbagai perkhidmatan termasuk perhotelan.
Kawasan Taman Perindustrian Samalaju dan Taman Teknologi Tinggi Sama jaya pula masing-masing membuka 8,000 dan 13,700 peluang pekerjaan dengan penjanaan RM343 juta dan RM598 juta setahun.
Abang Johari berkata kerajaan mewujudkan Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk mengawal selia tenaga kerja asing di Sarawak dengan lebih berkesan.
sarawakvoice.com/2021/12/09
|