CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 4

[Borneo] [ Luar BORNEO ] Lelaki antivaksin kantoi guna tangan palsu untuk terima suntikan

[Copy link]
Post time 6-12-2021 08:34 AM | Show all posts |Read mode
SEORANG individu anti vaksin cuba mengelak daripada disuntik vaksin Covid-19 dengan memakai tangan palsu.

Doktor gigi warga Itali itu membeli prop berkenaan daripada Amazon dengan harapan dia boleh menipu jururawat supaya tidak memberinya vaksin.

Memetik laporan Metro, bagaimanapun helahnya tidak berjaya memperdaya petugas kesihatan.

Malah, Filipa Bua yang bertugas di pusat vaksinasi ketika itu segera menyedari sesuatu yang tidak kena.

Bercakap kepada La Republica: "Dia mendedahkan bahagian bahunya, dan saya menyedari warna tangannya agak pelik.

“Buat seketika saya fikir saya telah membuat kesilapan, kerana saya telah memintanya menggunakan lengannya yang kurang aktif.

"Kemudian saya minta dia untuk (menunjukkan) satu lagi lengan dan ia adalah sama. Saya tidak mahu mempercayainya," katanya.

Lelaki berkenaan yang dilaporkan media tempatan sebagai Guido Russo, 57, mahu mendapatkan pas hijau vaksin bagi membolehkannya melakukan pelbagai aktiviti, termasuk pergi bekerja.

Selepas cubaan menipu gagal, Guido meminta jururawat memberi suntikan pada tangan palsunya, namun petugas kesihatan itu enggan melakukannya.

Insiden tersebut dilihat sebagai penipuan dan polis menjalankan siasatan.

Terdahulu, doktor gigi itu lantang bersuara secara terbuka dengan membantah pengenalan pasport vaksin. - Daily Star

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2021 08:34 AM | Show all posts
macam macam



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 08:57 AM | Show all posts
gilalah mcm2 orang ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 08:04 PM | Show all posts

[Luar Borneo] Baca, bagaimana lelaki ini mahukan sijil tetapi tidak mahu divaksin



ITALI: Seorang lelaki di Itali yang mahukan sijil vaksin Covid tanpa mendapatkan suntikan telah menggunakan tangan palsu untuk mencapai matlamatnya, kata pegawai.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu tiba untuk menerima suntikannya dengan acuan silikon menutupi lengan asalnya, dengan harapan pekerja perubatan di situ tidak perasaan tentangnya.

Namun nasibnya agak malang kerana jururawat menyedarinya dan lelaki itu kini dilaporkan kepada polis.

Menurut pigeonexpress, jururawat itu memberitahu media tempatan apabila dia menyingsingkan lengan bajunya, dia mendapati kulitnya “bergetah dan sejuk” dan pigmentasi kulit tersebut juga “terlalu putih”.

Selepas penipuannya terbongkar, lelaki itu cuba memujuk jururawat itu supaya meneruskan sahaja suntikan, namun jururawat tersebut bertindak melaporkannya kepada polis.


sarawakvoice.com/2021/12/09

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2021 05:59 PM | Show all posts
mun sik maok pun ... iboh la nipu sampei camya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034409 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list