CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Sabah] Balai polis Pulau Bum-Bum bakal jadi kenyataan

[Copy link]
Post time 10-12-2021 03:20 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan khususnya Pulau Bum-Bum bakal mempunyai kemudahan balai polis.

Datuk Jaujan Sambakong (WARISAN-Sulabayan) dalam satu soalan lisan di Persidangan DUN Sabah semalam bertanya kepada Ketua Menteri mengenai status terkini mengenai pembinaan balai polis di pulau berkenaan.

Dalam jawapan bertulis semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (gambar) berkata, cadangan pembinaan berkenaan kini dalam peringkat akhir penyediaan keperluan ruang pejabat oleh pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi menentukan semula kos releven bagi pembangunan itu.

"Proses ini dibuat ekoran dari kajian awal oleh pihak Kerja Raya Malaysia yang mendapati nilai kelulusan asal projek berjumlah RM35 juta tidak mencukupi dan tidak berkeupayaan untuk menampung perbelanjaan pembinaan sebuah balai polis kelas A yang lengkap dengan kemudahan asas melibatkan elemen pentadbiran, pertahanan serta kemudahan kaunter," katanya.

Menurutnya, peningkatan kos dijangka berlaku kerana terdapat keperluan penyediaan infrastruktur lain seperti sistem pembekalan air bersih dan elektrik ke tapak cadangan Balai Polis Bum-Bum, Semporna.

Katanya, kerajaan negeri juga telah meluluskan izin masuk bagi masuk memulakan projek pembangunan sementara proses pemberian hak milik tanah atau pewartaan dimuktamadkan.


utusanborneo.com.my/2021/12/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041216 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list