CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 0

[Sarawak] Gaduh di tempat awam, dua kontraktor didenda

[Copy link]
Post time 10-12-2021 03:26 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Akibat bergaduh sesama sendiri di perkarangan premis perniagaan di Metrocity Matang di sini pada Mei lalu, dua kontraktor didenda RM500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh Noorhisham Junaidi, 41, dan Noor Nikman Salleh, 33, masing-masing mengaku bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dibacakan terhadap mereka.

Dalam pada itu, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk dipenjara satu minggu sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki tersebut didakwa melakukan gaduh gempar dengan cara bergaduh di tempat awam hingga mengganggu ketenteraman awam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka pada 20 Mei lalu, jam 6 petang di hadapan sebuah syarikat perunding kejuruteraan, ukur bahan dan pengurusan projek di Metrocity, Matang, di sini.

Berdasarkan fakta kes, Noorhisham mengajak Noor Nikman berjumpa di tempat tersebut susulan dia berasa tersinggung dengan satu perkongsian di laman sosial Facebook Noor Nikman.

Semasa mereka berbincang mengenai perkara terbabit, timbul salah faham antara mereka sehingga membawa kepada pergelutan dan pergaduhan.  

Noor Nikman yang tidak berpuas hati seterusnya membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati terdapat bukti kukuh untuk menuduh kedua-dua tertuduh melakukan pergaduhan di tempat awam dan susulan itu, mereka ditangkap polis pada hari yang sama.

Difahamkan, Noorhisham telah menularkan nama Noor Nikman di laman sosial Facebook miliknya dengan menyatakan bahawa Noorhisham seorang penipu.

Justeru, Noor Nikman memohon agar perkongsian di laman Facebook itu dipadamkan namun Noor Nikman enggan, menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka yang seterusnya membawa kepada insiden pergaduhan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dilaporkan membayar denda berkenaan.


utusanborneo.com.my/2021/12/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042857 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list