![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/263526501_212614471044162_2709625332688667972_n.jpg?_nc_cat=107&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=mYqepoYYqz4AX9zKh4v&_nc_oc=AQmn5A2E2ACgub6oEpkZOOZG3VwC_v5ZsTzxEzb5K6U72T9fWO_6sEY1t6004e3gFE_loH3dB8q16BbViw15qisV&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=00_AT9ILC7ZoUpMZsH6ylXaDYbPZ_CjrFGXacEI1715AleVlw&oe=61B8FC3F)
![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/265796669_212614481044161_1123049352649003151_n.jpg?_nc_cat=101&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=58nR5g_4rGEAX-vpV8c&_nc_oc=AQm-4qhIhFv-HkHsgJTRa4hWfI6jQsjpLheppqOtwavg57vvjz7VUBZTKaxH2ppxF4dUY7lgTDIH6A6-E52qaF1A&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=00_AT-DUKqrFa86LGexFovgBXvcW3ume4gLG-0bK9YAk0EuvQ&oe=61B93887)
COVID-19 Sarawak: 67 kes baharu, empat kematianKUCHING: Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini meningkat kepada 251,568 kes setakat ini dengan 67 kes baharu dilaporkan hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu 17 dilaporkan dalam kategori satu (tiada gejala).
Sementara 48 kes kategori dua iaitu mengalami gejala ringan, satu kes pula kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukkan oksigen) dan satu kes (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).
"Kuching masih merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 24, diikuti Mukah (8), Limbang (7), dalat (6), Miri dan Bintulu masing-masing (4).
"Sibu, Lawas, Bau, Kanowit, Sarikei masing-masing dua kes dan juga satu kes masing-masing bagi Samarahan, Betong, Pusadam Subis," katanya.
JPBNS hari ini turut melaporkan empat kematian akibat COVID-19 yang direkodkan dari 8 sehingga 9 Disember di Hospital Lundu (1 kes), Hospital Sibu (1), Hospital Lawas (1) dan Hospital Umum Sarawak (1).
Pada 8 Disember seorang warga emas lelaki berumur 71 tahun dilaporkan meninggal dunia di Lundu kerana merupakan pesakit ko-morbid dan seorang wanita berumur 57 tahun di Sibu namun tidak diketahui sejarah penyakitnya.
Sementara itu pada 9 Disember, seorang warga emas berumur 72 tahun meninggal di Hospital Lawas kerana mempunyai sejarah penyakit kencing manis.
"Manakala, seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan 'terencat akal' berumur 51 tahun meninggal di HUS disini," tambahnya.
Dalam perkembangan sama, JPBNS memberitahu tiada kluster baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak.
utusanborneo.com.my/2021/12/10
|