CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 2

[Sarawak] Tindakan pantas selamatkan 2 nyawa

[Copy link]
Post time 11-12-2021 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 11-12-2021 04:39 PM






MUSIM cuti sekolah sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh para ibubapa dan kanak-kanak.  Kerana pada musim cuti inilah ramai yang mempunyai masa bersantai-santai bersama keluarga ke tempat peranginan dan sebagainya.  

Hasrat 2 remaja untuk bermandi manda di pantai Tanjung Batu, Bintulu 2 hari lepas bertukar menjadi tragedi hitam kerana mereka dihanyutkan oleh ombak yang deras.  Tidak mampu melawan tolakan arus itu menyebabkan kedua-duanya terkapai-kapai di lautan.  Kejadian tersebut disedari orangramai dan ramai yang tampil untuk membantu tetapi kerana kurang kelengkapan mereka hanya mampu melihat dari jauh.

Muncullah beberapa orang awam yang berada di situ termasuklah Julian Uloi, seorang pemuda yang dengan beraninya membelah lautan dengan berkayak.  Dengan adanya pelampung keselamatan beliau akhirnya berjaya menyelamat kedua-dua remaja tersebut ke pantai Tanjung Batu.  Kerana tindakan orang awam termasuklah Julian Uloi, nyawa kedua-dua remaja itu berjaya diselamatkan dan jika tidak mungkin kita akan mendengar satu lagi berita sedih setiapkali cuti sekolah akhir tahun bermula.  

Untuk rekod, Julian Uloi sebenarnya terlatih di dalam Safe & Rescue di dalam air kerana beliau juga merupakan seorang atlit.  Terima kasih kepada orang awam di Tanjung Batu, Bintulu termasuklah Julian Uloi kerana membantu mereka yang di dalam kesusahan.  Untuk para ibubapa dan orang awam perlulah sentiasa waspada dan beringat kerana malang itu tidak berbau.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2021 04:38 PM | Show all posts

hero nya ... Julian Uloi sebenarnya terlatih di dalam Safe & Rescue di dalam air kerana beliau juga merupakan seorang atlit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 09:46 PM | Show all posts
terbaik.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055740 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list