CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Informasi Pelancongan (TIC) akan dibina bermula tahun 2022.

[Copy link]
Post time 11-12-2021 04:46 PM | Show all posts |Read mode


BAU: Pekan Siniawan bakal menjadi "Katalis" atau lebih sinonim sebagai tempat tumpuan pelancong apabila Pusat Informasi Pelancongan (TIC) akan dibangunkan dalam waktu terdekat di sini.

Penyandang N.18 Serembu, Miro Simuh berkata projek pembinaan TIC tersebut akan bermula pada tahun hadapan.

Katanya, Pekan Siniawan ini akan dijadikan sebagai tempat unik wajib dikunjungi selain dimajukan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti Waterfront Siniawan demi keselesaan pengunjung-pengunjung.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Ayak Galeri di Pekan Siniawan, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, bermula dari Pekan Siniawan beberapa produk eko pelancongan lain turut dibangunkan di kawasan Bau seperti Brooke Heritage, Buddhist Village, Serembu Eko Park dan sebagainya.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041191 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list