View: 600|Reply: 0
|
[Terengganu]
Amaran hujan berterusan di negeri Pantai Timur
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) dengan jangkaan hujan berterusan di beberapa negeri terutama di Pantai Timur.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, berkata sistem cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan barat Sarawak dijangka bergerak ke arah barat menghampiri kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang 15 Disember ini.
Katanya, sistem itu dijangka merentasi kawasan utara Semenanjung menuju ke Laut Andaman pada 17 Disember ini.
"Keadaan ini menyebabkan peningkatan kelembapan dan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan di Pantai Timur serta risiko kenaikan paras laut.
"Sehubungan dengan itu, amaran WASPADA sehingga 14 Disember dikeluarkan untuk kawasan Pahang (Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, angin bertiup dari arah Timur Laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di beberapa kawasan terbabit.
"Bagi Terengganu dan Pahang (Kuantan dan Pekan) amaran WASPADA akan berkuat kuasa sehingga Khamis ini manakala Kelantan dan Jerantut dijangka mengalami cuaca hujan berterusan sehingga Rabu ini," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|