CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran: Pekerja ladang kelapa sawit hilang tempat tinggal

[Copy link]
Post time 15-12-2021 02:58 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba memadam api yang meranapkan sebuah kuarters pekerja dalam kebakaran berhampiran simpang Kampung Iran, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu, hari ini.

MIRI: Seramai 12 orang pekerja ladang kelapa sawit tinggal sehelai sepinggang setelah kuarters kediaman mereka ranap dijilat api dalam kebakaran yang berlaku berhampiran simpang Kampung Iran, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu di sini hari ini.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden itu.

Berdasarkan maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba (PKOB) Sarawak, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu sekitar jam 10.08 pagi.

Serentak itu, BBP Batu Niah terus menggerakkan asetnya bersama tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Tinggi Rary Binjie selaku ketua balai dan komander operasi.

Pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman sisa kebakaran menggunakan sumber air dari jentera serta air terbuka dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya jam 11.40 pagi.

Punca kebakaran dan taksiran jumlah kerugian masih dalam siasatan.


utusanborneo.com.my/2021/12/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037612 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list