CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 760|Reply: 3

[Terengganu] Tiga pihak nyatakan minat beli muntah paus

[Copy link]
Post time 15-12-2021 05:36 PM | Show all posts |Read mode

AIDA Zurina bersama suaminya menunjukkan ketulan dipercayai muntah ikan paus yang disimpan mereka. FOTO Rosli Ilham

Chukai: Tiga pihak sudah menyatakan minat membeli ketulan dipercayai muntah ikan paus yang ditemui Aida Zurina Long.

Aida Zurina, 41, berkata, ketiga-tiga individu menghubunginya hari ini dipercayai orang tengah dan hanya ingin mengetahui bagaimana muntah ikan paus itu ditemuinya.

"Salah seorang daripada individu itu bertanya sama ada saya berminat menjual 'barang' ini dan dia sudi menjadi orang tengah untuk urusan jual beli.

"Individu itu mendakwa sebelum ini dia pernah menjual muntah ikan paus terbabit kepada seorang artis dengan jumlah bayaran sebanyak RM500,000," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menunggu ujian makmal untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit terlebih dulu.

"Memang saya nak jual, tapi saya nak pastikan 'barang' yang saya temui ini benar-benar tulen sebelum saya meletakkan harta sebenarnya.

"Hari ini, enam kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu datang ke rumah menemubual saya termasuk mengambil sedikit muntah paus untuk analisa," katanya.

Katanya, dia dimaklumkan sampel akan dihantar ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya bukan jenis yang berangan-angan hendak jadi jutawan, tapi saya dedahkan penemuan ini untuk cari pihak yang boleh menentukan ketulenannya.

"Kalau sudah ditakdirkan rezeki berpihak kepada saya, saya bersyukur dan anggap ia rezeki yang tidak disangka," katanya.

Aida Zurina berkata, sekiranya ketulan itu tulen dan berjaya dijual, hasil yang diperoleh itu akan digunakan sebaik mungkin.

"Saya akan memperbesarkan kedai makan saya. Saya nak hantar ibu serta kedua ibu bapa mentua saya mengerjakan haji serta bersedekah kepada mereka yang susah," katanya.

Menurutnya, dia turut menafikan apabila ada pihak yang menyatakan objek yang ditemui itu diuji Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

"Pihak itu mungkin salah faham, saya nafikan kerana saya tidak pernah menghantar sampel ke UMT untuk diuji," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Aida Zurina menemui ketulan dipercayai muntah ikan paus ketika memancing bersama keluarganya di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Marang November lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 05:42 PM | Show all posts
sedia je la kak..
dpt sijil jutaan terima kasih dr kerjaan je nanti..
haha.. mimpii la nk jd jutawan..
kecuali jumpe ketum kt umah ko..
tu ye milik ko...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 08:59 PM | Show all posts
Pihak itu mungkin salah faham, saya nafikan kerana saya tidak pernah menghantar sampel ke UMT untuk diuji," katanya.


aik dia ckp lain plak....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 09:01 PM | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 15-12-2021 05:42 PM
sedia je la kak..
dpt sijil jutaan terima kasih dr kerjaan je nanti..
haha.. mimpii la nk jd jutawan ...

hak milik kerajaan...nnti dpt lh imbuhan skit...dalam 1%...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.066158 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list