CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 580|Reply: 0

[Sabah] 30 minit bomba pujuk wanita ugut terjun bangunan

[Copy link]
Post time 15-12-2021 05:53 PM | Show all posts |Read mode


PUJUK: Anggota bomba bertindak memujuk untuk menyelamatkan mangsa (kanan) yang dikatakan cuba membunuh diri dengan mengugut terjun dari bangunan hospital.

KOTA KINABALU: Usaha pasukan bomba memujuk seorang wanita yang dikatakan cuba membunuh diri, akhirnya membuahkan hasil selepas mangsa berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang berumur sekitar 30-an itu dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan sebuah hospital di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk mangsa sebelum bersetuju masuk semula ke dalam bangunan.

Sebaik mangsa berjaya dipujuk masuk ke dalam bangunan, pasukan bomba bertindak memotong besi jeriji tingkap hospital terbabit.

Mangsa berjaya diselamatkan pasukan bomba dengan bantuan daripada keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.


utusanborneo.com.my/2021/12/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038232 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list