CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

[Sarawak] Dua individu diperdaya pinjaman tidak wujud, macau scam

[Copy link]
Post time 16-12-2021 05:39 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Dua individu menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud dan macau scam menyebabkan keseluruhan jumlah kerugian sebanyak RM71,000 yang berlaku pada Rabu.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak, Superintenden Maria Rasid berkata, kes pertama melibatkan seorang wanita berusia lewat 20-an yang merupakan peniaga online produk kesihatan.

Manakala kes kedua, jelasnya ia melibatkan seorang lelaki berusia awal 30-an yang berkerja sebagai jurujual sebuah syarikat di sini.

Bagi kes pertama katanya, pada 8 Disember lalu, wanita berkenaan telah melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan tawaran pinjaman wang dari sebuah syarikat pinjaman wang.

"Mangsa yang berminat bagi membuat pinjaman sebanyak RM40,000 itu kemudiannya bertindak menghubungi seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Thomas Leong Wai Lit' melalui aplikasi WhatsApp," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, mangsa sejurus itu diarahkan oleh suspek melakukan pembayaran sebanyak 14 kali yang melibatkan wang bernilai RM54,000 ke atas dua akaun berbeza antara 11 hingga 15 Disember sebagai bayaran pemprosesan wang pinjaman.

Mangsa katanya hanya menyedari yang beliau ditipu semasa suspek meminta bayaran tambahan, namun pinjaman yang dibuat tidak diperolehi.

Bagi kes kedua pula, mangsa katanya menjadi mangsa sindiket macau scam yang menyamar sebagai pegawai mahkamah dan pegawai polis.

Menurut mangsa, beliau menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai 'Lily Eng' mendakwa dari Mahkamah Terengganu yang mengatakan mangsa terlibat dengan satu kes penipuan.

"Suspek seterusnya meminta maklumat peribadi mangsa dan kemudiannya mengatakan nama mangsa telah digunakan oleh sebuah kilang kayu," jelasnya.

Panggilan telefon kemudiannya disambung kepada seseorang individu yang mendakwa diri seorang anggota polis dan menyamar dengan nama 'Sarjan Yap Kong Weng' dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu yang mengatakan pengadu terlibat dalam satu kes penipuan dan telah menggunakan satu akaun bank untuk melakukan transaksi wang.

Sejurus itu katanya, panggilan telah disambungkan ke seorang individu mendakwa diri seorang pegawai polis dengan menyamar diri sebagai 'Inspektor Pang' yang kononnya menguruskan kes mangsa.

Mangsa sejurus itu katanya diarahkan bagi melakukan tiga kali transaksi pembayaran yang bernilai RM17,000 ke akaun bank atas nama individu yang tidak dikenali dengan alasan bagi memastikan akaun bank mangsa tidak terlibat dalam kegiatan penipuan.

"Mangsa mulai menyedari yang dirinya ditipu selepas suspek mengarahkan mangsa mencairkan deposit tetapnya sebagai bayaran tambahan kepada suspek," jelas Maria.

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang awam agar tidak mudah panik atau cemas apabila menerima panggilan telefon dari individu tidak dikenali yqng mendakwa mereka dari mana-mana jabatan atau institusi kewangan.

Sebaik-baiknya jelas beliau, segera tamatkan panggilan terbabit dan membuat semakan dengan pihak berwajip melalui nombor telefon yang sah atau hadir sendiri ke jabatan atau institusi berkenaan bagi membuat pengesahan.

Orang ramai katanya boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank melalui Check Scammers CCID atau melayari laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan  atau menghubungi talian CCID Scam Response di talian 03-2610 1559 dan 03-2610 1599.


utusanborneo.com.my/2021/12/16

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049963 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list