CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Sarawak] GPS yakin akan menang pada 18 Disember ini

[Copy link]
Post time 16-12-2021 05:42 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah (tiga kanan) melakukan simbolik perasmian Go Digital.

LAWAS: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) akan berpihak kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurutnya ini bersandarkan kepada keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa hanya kerajaan GPS dapat mengangkat darjat dan maruah rakyat keseluruhannya.

"Saya sudah berjalan di banyak tempat dari utara hingga selatan negeri Sarawak dan kawasan bandar, pinggir bandar dan kawasan pedalaman sudah saya lawati.

"Daripada apa saya saksikan 'mood' dalam kalangan masyarakat kita, pengundi-pengundi kita, amat tinggi keyakinan.

"Mereka selesa dengan dasar-dasar yang dibawakan oleh kerajaan GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri kita (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg," katanya ketika ditemu bual pemberita selepas melancarkan Go Digital di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Sementara itu, Awang Tengah berkata portal Go Digital menerima lebih 4,000 permohonan dalam tempoh dua minggu sejak ianya diumumkan di platform media sosial pada November lalu.

Katanya, Go Digital merupakan sebuah bantuan geran di bawah inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 di mana permohonan yang berjaya akan menerima bantuan pembelian peralatan dan perkakasan berjumlah sehingga RM10,000.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua usahawan Sarawak memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital dan mengalihkan perniagaan mereka ke arah ekonomi digital.

"Inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak, selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030, akan merealisasikan aspirasi Sarawak ke arah wilayah berpendapatan tinggi.

"Go Digital menyasarkan untuk mempercepatkan transformasi digital dalam kalangan usahawan Sarawak yang akan meningkatkan kecekapan prestasi perniagaan mereka, yang seterusnya membolehkan mereka bersaing di persada global," katanya.

Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) merupakan agensi pelaksana bagi inisiatif ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan (MINTRED).

Permohonan bagi peringkat seterusnya akan dibuka setelah selesai kumpulan pertama dan usahawan yang berminat digalakkan mendaftar melalui portal rasmi Go Digital, https:///godigital.sarawak.digital.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED Dzulkornain Masron, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Sudarnoto Osman dan Residen Limbang Ir. Ahmad Denny Ahmad Fauzi.


utusanborneo.com.my/2021/12/16

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.038170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list