![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211217/whatsappimage2021-12-16at193001.jpeg)
MARUDI: Penyedia Khidmat Penerbangan Luar Bandar (RAS) MASWings menambah penerbangan ke Lawas dan Limbang dari Miri mulai hari ini.
Ketua Pegawai Operasi (COO) MASWings Kapten Nasaruddin A Bakar (gambar) dalam kenyataan semalam berkata, bagi laluan Miri - Lawas, pertambahan daripada 35 penerbangan seminggu kepada 44 dan Miri - Limbang daripada 21 penerbangan seminggu kepada 28.
“MASwings juga akan menyediakan kombinasi dua jenis pesawat dari Kuching ke Mukah dengan satu penerbangan setiap hari menggunakan ATR72-500 dan dua penerbangan setiap hari menggunakan DHC6-400,” katanya.
Nasaruddin menambah, syarikat penerbangan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang selamat dan efisien kepada penduduk di pedalaman Sarawak.
Katanya, penambahan jumlah penerbangan ini diharap dapat memudahkan perhubungan antara daerah khususnya di utara Sarawak.
utusanborneo.com.my/2021/12/17
|