Menurut Timbalan CEO Sarawak Forestry Corporation, Oswald Braken Tisen, ada dua cara mengenalpasti jantina bunga Rafflesia (Tuan Mudae).
Satu, menerusi lubang ditengah - jika ia berbentuk bulat, maka ia jantan, tetapi sekiranya berbentuk pentagon, ia betina.
Kedua, ia jantan jika di bahagian dalamnya ada bahan berwarna putih, tetapi betina sekira sebaliknya.
Tuan Mudae yang ditemui di Taman Negara Gunung Gading, Lundu, Sarawak pada Selasa (9 Mac 2021), adalah janji, menurut Oswald.
Ia merupakan bunga pertama ditemui Sarawak Forestry bagi tahun 2021 di Taman Negara ini - dengan ukuran diameter 72 sentimeter.