View: 628|Reply: 0
|
[Sarawak]
[ POLITIK ] Tiada calon, parti dan orang ramai didapati tidak patuh SOP PRN-12
[Copy link]
|
|
KUCHING: Tiada kompaun dikeluarkan oleh sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 semalam.
![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/04/polis.png)
Pegawai Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRN-12 Supritenden Alexson Naga Chabu berkata, tiada calon, parti politik mahupun orang ramai yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) atau melakukan kesalahan pada PRN-12 semalam.
“Begitu juga semasa proses pengiraan undi pada waktu malam yang dibuat semalam.
“Tiada parti atau calon mahupun orang ramai yang dikeluarkan kompaun atas kesalahan melanggar SOP pilihan raya semasa pengiraan undi dibuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada Jumaat, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mendedahkan sebanyak 11 kompaun pada 6 Disember hingga 16 Disember lalu kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PRN-12.
Jumlah nilai kompaun terkumpul sepanjang tempoh tersebut adalah RM36,000.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|