CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 779|Reply: 0

[Pahang] Banjir memburuk, 13,733 mangsa banjir di Pahang

[Copy link]
Post time 19-12-2021 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Markas Wilayah Laut 1 membantu menyelamat mangsa banjir di kawasan perkampungan Kampung Garuda Sri Damai, Batu 10, Kuantan, Pahang.


Kuantan: Seramai 13,733 mangsa banjir daripada 3,819 keluarga ditempatkan di 186 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang setakat jam 4.30 petang, hari ini.

Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 5,686 mangsa banjir daripada 1,575 keluarga di 131 PPS yang dilaporkan jam 9.45 pagi tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang dibuka setakat ini di Pahang ialah di daerah Raub, Maran, Lipis, Jerantut, Kuantan, Temerloh, Pekan, Bentong dan Bera.

Sementara itu, sebanyak 21 sungai melepasi paras bahaya di Pahang manakala 10 sungai melepasi paras amaran dan berjaga-jaga pula membabitkan 15 sungai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di lima daerah di Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

Amaran hujan berterusan waspada pula di Bentong, Temerloh, Maran dan Pekan Bera dan Rompin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057605 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list